Posts

Showing posts from August, 2018

Laporan iFSC 2018

Laporan Persidangan Saintis Muda Antarabangsa Kolej PERMATApintar Negara           Pada minggu yang lepas, Kolej PERMATApintar Negara telah menganjurkan Persidangan Saintis Muda peringkat antarabangsa. Tujuan persidangan ini adalah untuk menyediakan platform untuk para pelajar membentangkan penyelidikan mereka dan memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM). Selain itu, persidangan ini juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang STEM.           Persidangan ini telah dijalankan selama tiga hari yang bermula dari 24 Julai hingga 26 Julai 2018 di auditorium Kolej PERMATApintar. Lapan sekolah telah menyertai persidangan ini. Antaranya ialah Kolej PERMATApintar Negara, Sekolah Menengah Shibata, Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sekolah Tun Fatimah, Saint John’s Institution, Maktab Rendah Sains MARA Tun Dr Ismail, Asasi Pintar dan Sekolah Menengah ...