Laporan iFSC 2018
Laporan Persidangan Saintis Muda Antarabangsa
Kolej PERMATApintar Negara
Pada
minggu yang lepas, Kolej PERMATApintar Negara telah menganjurkan Persidangan
Saintis Muda peringkat antarabangsa. Tujuan persidangan ini adalah untuk menyediakan
platform untuk para pelajar membentangkan penyelidikan mereka dan memupuk minat
pelajar dalam bidang Sains, teknologi, kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Selain itu, persidangan ini juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang
STEM.
Persidangan
ini telah dijalankan selama tiga hari yang bermula dari 24 Julai hingga 26
Julai 2018 di auditorium Kolej PERMATApintar. Lapan sekolah telah menyertai
persidangan ini. Antaranya ialah Kolej PERMATApintar Negara, Sekolah Menengah
Shibata, Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sekolah Tun Fatimah, Saint John’s
Institution, Maktab Rendah Sains MARA Tun Dr Ismail, Asasi Pintar dan Sekolah
Menengah Sains Hulu Selangor. Persidangan ini telah disertai oleh sekira-kiranya
35 buah kumpulan dan setiap kumpulan pula terdiri daripada tiga hingga empat
ahli kumpulan.
Pada
hari pertama iaitu hari Selasa 24 Julai 2018, persidangan ini telah dimulakan
dengan sesi pendaftaran para peserta. Para peserta juga dibenarkan untuk
membuat persiapan dan menghias tempat pameran masing-masing. Pada pukul 2.00
petang, majlis perasmian telah dijalankan. Semua pelajar Kolej PERMATApintar
dan peserta dikehendaki untuk berkumpul di auditorium. Tepat pada pukul 2.30
petang, tetamu khas dan pengarah kolej pula sampai ke auditorium. Acara dimulakan
dengan ucapan pengarah Kolej PERMATApintar Negara, Yang Berbahagia Professor
Datuk Dr. Noriah binti Mohd Ishak. Selepas itu, majlis dirasmikan oleh Timbalan
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki
Mustafa. Acara diteruskan dengan persembahan orkestra mini yang dipersembahkan
oleh pelajar asas 1 hingga 3 yang berbakat dalam bidang muzik. Semua orang amat
terpegun dengan persembahan yang dipersembahkan. Majlis perasmian tamat tepat
pada pukul 4 petang.
Pada
keesokan harinya, sesi penilaian penyelidikan para peserta telah diadakan. Sesi
ini telah dijalankan di ruang legar auditorium. Terdapat banyak faktor yang dinilai
oleh barisan hakim. Antaranya ialah pembentangan penyelidikan, kecantikan booth
dan isi kandungan penyelidikan. Para pelajar Kolej PERMATApintar Negara dibenarkan
untuk melawati pameran tersebut. Penyelidikan para peserta telah merangkumi
ramai bidang. Antaranya adalah seperti bidang biologi, kimia, fizik, psikologi
dan sebagainya. Pada pukul 2 petang, ceramah tentang etika-etika penyelidikan. Ceramah
ini melibatkan sifat-sifat yang perlu diamalkan semasa membuat penyelidikan. Para
peserta dan juga pelajar diberi peluang untuk bertanya soalan-soalan tentang penyelidikan.
Ceramah tersebut tamat pada pukul 5 petang.
Pada
hari terakhir iaitu hari Khamis 26 Julai 2018, semua peserta berkumpul di
auditorium pada 8 pagi. Acara pada hari ini pula dimulakan dengan ceramah yang
disampaikan oleh pengarah Kolej PERMATApintar Negara. Beliau telah berceramah
tentang proses-proses menjalankan penyelidikan. Selepas ceramah beliau, tibalah
masa yang dinanti-nantikan iaitu majlis penyampaian hadiah dan majlis penutup.
Majlis penutup persidangan tahun ini telah dihadiri oleh dekan fakulti sains
dan teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Professor Dr. Mohammad
Kassim. Beliau telah memberi ucapan sebelum menutup majlis ini. Beliau telah
memuji para peserta persidangan ini kerana telah menunjukkan prestasi yang amat
baik. Setelah itu, beliau telah menutup majlis ini secara rasmi. Majlis penyampaian
hadiah pun bermula. Para peserta berasa amat gementar. Terdapat empat jenis anugerah
yang akan disampaikan. Antaranya ialah pingat gangsa, perak, emas dan anugerah
istimewa kepada pembentangan yang terbaik. Anugerah-anugerah tersebut telah
disampaikan oleh dekan fakulti sains dan teknologi Universiti Kebangsaan
Malaysia dan pengarah Kolej PERMATApintar Negara. Selepas majlis penyampaian
hadiah, pelajar-pelajar asas 1 hingga 3 telah mempersembahkan persembahan koir
manakala pelajar-pelajar tahap 1 telah mempersembahkan persembahan tarian. Sebelum
mengakhiri persidangan saintis muda antarabangsa 2018, sesi pengambaran telah
diadakan.
Persidangan
Saintis Muda Antarabangsa 2018 telah dijalankan dengan amat lancar. Persidangan
selama tiga hari ini telah berjaya membuka minda para pelajar tenyang bidang
sains. Hal ini diharapkan dapat memupuk minat para pelajar dalam bidang sains
dan menjadi seorang saintis yang banyak menyumbangkan kepada dunia ini pada masa
depan.
Disediakan
oleh, 1
Ogos 2018.
(LIM YI
ZHE)
Pelajar
kelas 4K1,
Kolej
PERMATApintar Negara.
Comments
Post a Comment