Latihan Peribahasa
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut. Latihan 1 1. bagaikan kera mendapat bunga Maksud: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain. Ayat: Ahmad bagaikan kera mendapat bunga kerana menyimpan hadiah telefon bimbit yang diberi oleh ayahnya di dalam laci dan tidak menggunakannya. 2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit Maksud: Disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk Ayat: Sikap Aiman yang suka melakukan perbuatan jahat menyebabkan nama sekolah tercemar kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit. 3. burung terbang dipipiskan lada Maksud: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti Ayat: Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran. 4. menegakkan benang yang basah Maksud: Mencuba menegakkan sesautu yang salah atau tidak benar. Ayat: Kamu...