Soalan Peribahasa KBAT

LATIHAN 1
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Ratu cantik itu kelihatan cantik dan anggun sekali bersama-sama peserta ratu cantik yang lain di atas pentas.
Bagai bulan dipagari bintang

(ii) Encik Mutalib merotan anaknya sehingga berdarah akibat berkelakuan tidak senonoh dengan mengganggu gadis-gadis kampung yang pergi dan balik dari tempat kerja.
Seperti ayam patuk anaknya

(iii) Bandar raya Shah Alam menjadi tumpuan orang dari daerah dan negeri lain kerana terdapat banyak peluang pekerjaan.
Ada gula, ada semut

LATIHAN 2
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Walaupun Haji Ahmad seorang yang berharta tetapi hidupnya bukanlah sentiasa senang, kadangkala terpaksa meminjam daripada saudara-mara untuk membayar yuran pelajaran anak-anaknya yang ramai .
Ada rotan, ada duri

(ii) Kamisah hanya mendiamkan diri apabila ditanya oleh suaminya sama ada membenarkan suaminya berkahwin lagi atau tidak, dia hanya mengikut sahaja walaupun hatinya tidak bersetuju.
Seperti lembu dicucuk hidung

(iii) Rashid begitu meminati permainan badminton sejak kecil kerana sering mengikut ayahnya bermain badminton, akhirnya dia juga bermain untuk negara seperti ayahnya.
Bapa borek, anak rintik

LATIHAN 3 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Johan suka menyampuk perbualan orang dan akan bercerita seolah-olah semua perkara diketahuinya walhal sebenarnya dia tidak tahu langsung tentang perkara itu.
Air beriak tanda tak dalam

(ii) Noh tidak langsung mengenang jasa kedua-dua ibu bapanya yang telah memberinya pelajaran hingga menjawat jawatan yang tinggi dan bergaji besar.
Bagai kacang lupakan kulit

(iii) Raihan terus tidak kembali ke kampung halamannya atau menghubungi sanak saudara selepas berkahwin, seolah-olah ingin memutuskan tali persaudaraan dengan keluarganya.
Berpatah arang, berkerat rotan

LATIHAN 4 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Rahim menasihati anaknya agar reda dan mengambil iktibar segala kesilapan yang telah dilakukan sehingga syarikatnya rugi kerana sebagai manusia kita tidak sunyi daripada melakukan kesilapan .
Sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu

(ii) Walaupun Bapa Kemerdekaan negara kita Tunku Abd. Rahman dan pemimpin-pemimpin terdahulu telah tiada, namun jasa dan pengorbanan mereka membebaskan negara daripada penjajah tetap dikenang oleh semua rakyat .
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

(iii) Pengetua baharu di sekolah saya telah mengarahkan semua murid tinggal di asrama walhal pengetua yang lama memberi kebebasan kepada semua murid untuk memilih sama ada mahu tinggal di asrama atau tidak .
Sekali air bah, sekali pasir berubah

LATIHAN 5 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Johari susah untuk bergerak kerana terlampau kenyang selepas makan tengah hari, dia hanya berbaring di sofa serambi rumahnya .
Bagai ular sawa kekenyangan

(ii) Pemandu kereta Ferrari itu memang cekap, pergerakannya begitu pantas sehingga tidak dapat ditandingi oleh pelumba kereta yang lain.
Seperti lipas kudung

(iii) Maria dan Zulaikha telah berbaik-baik semula selepas tidak bertegur sapa selama setahun tepati mereka tidak akrab seperti dahulu.
Tiada patah yang tak tempang

LATIHAN 6
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Apabila sudah berjawatan besar dan tinggal di ibu kota dia tidak ingat akan kampung halaman dan sanak saudaranya lagi.
Bagai kacang lupakan kulit

(ii) Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan tetapi kerja itu dapat disiapkan oleh Haris.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

(iii) Keadaan hidup seseorang itu sukar dijangkakan kerana ada masa susah, ada masa senang .
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup

LATIHAN 7 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Langkah pencegahan sesuatu penyakit perlu dilakukan segera bagi mengelakkan penyakit tersebut terus menular. Hal ini dikatakan demikian kerana untuk mengubati atau membasmi sesuatu penyakit sudah tentu memerlukan wang yang banyak. Justeru, langkah pembasmian amat perlu berbanding dengan mengubati.
Sediakan payung sebelum hujan

(ii) Sejak pulang daripada perantauan, beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Pengalaman banyak mengajarnya tentang erti kehidupan. Beliau juga mampu menyelesaikan masalah dengan lebih rasional.
Jauh berjalan luas pandangan

(iii) Kesepakatan rakyat di negara ini yang berbilang kaum menjadi penyebab utama negara berkembang dengan pesat dan bertambah kukuh. Pergaduhan dan persengketaan sudah pasti akan menyumbang kepada pelbagai kemusnahan.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

LATIHAN 8
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Kemajuan dalam bidang pendidikan membuka banyak peluang kepada golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran. Hanya melalui pendidikan sahaja para remaja dapat didik supaya mempunyai akhlak yang terpuji. Mereka adalah harapan negara pada masa akan datang. Sebahagian daripada mereka akan menjadi pemimpin dan mentadbir dan memajukan lagi negara ini .
Pemuda harapan bangsa, pemudia tiang negara

(ii) Membaca adalah amalan yang mulia dan melalui bacaan seseorang itu dapat menambahkan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, ilmu pengetahuan yang dimiliki dapat membantu seseorang itu meneruskan kehidupan dengan lebih selesa pada masa akan datang. Dengan ilmu yang dimiliki, sesuatu perkara dapat dilakukan dengan mudah .
Jauhari juga yang mengenal manikam

(iii) Maisarah berasa tertipu dengan barangan yang baru dibelinya. Dia masih teringat kata-kata jurujual yang datang mempromosikan barangan tersebut di rumahnya. Setelah seminggu memakai produk tersebut, ternyata kesannya tidak sehebat seperti yang diceritakan oleh jurujual tersebut .
Indah khabar daripada rupa

LATIHAN 9
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Meskipun beliau berasal daripada keluarga bangsawan dan mempunyai harta yang banyak, namun beliau masih bersikap merendah diri dan bergaul dengan masyarakat golongan bawahan tanpa sebarang rasa sombong dan bongkak.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk

(ii) Sebagai pekerja di syarikat swasta itu, dia menyedari bahawa kedudukannya tidak akan tetap dan akan dibuang pada bila-bila masa sahaja apabila bermasalah atau tidak lagi diperlukan di syarikat tersebut.
Bagai telur di hujung tanduk

(iii) Shafiza mengisi masa lapang dengan bekerja sebagai seorang jurujual di sebuah syarikat sambil memohon jawatan yang lebih sesuai dengan kelulusan yang dimilikinya.
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak

LATIHAN 10 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan sepadan kerana kedua-duanya kelihatan cantik dan kacak.
Bagai pinang dibelah dua

(ii) Oleh sebab Azura anak tunggal, ibu bapanya memeliharanya dengan penuh kasih sayang.
Bagai menatang minyak yang penuh

(iii) Ramlah merupakan anak yang paling disayangi oleh Encik Radzi kerana sangat pandai dalam pelajaran dan menghormati orang tua .
Anak emas

LATIHAN 11
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Yap Sing tidak pernah berputus asa dalam meneruskan perniagaan membaiki basikal. Meskipun modalnya sedikit dan kedainya tidak terlalu besar, namun berkat usahanya yang bekerja siang dan malam, akhirnya dia berjaya memajukan perniagaannya dan membuka beberapa buah cawangan .
Genggam bara api, biar sampai jadi arang

(ii) Pak Ismadi merupakan penoreh getah yang rajin bekerja. Walaupun hasil yang diperolehnya tidak seberapa, namun dia tetap berjimat cermat dan menyimpan wang sedikit demi sedikit setiap hari. Beberapa tahun kemudian, simpanannya telah membuahkan hasil apabila dia berjaya menampung perbelanjaan anak lelakinya yang berjaya melanjutkan pelajaran di universiti tempatan .
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

(iii) Ramai orang akan membuka perniagaan menjual minuman dan makanan apabila tibanya bulan Ramadan. Perniagaan wujud dengan banyaknya secara tiba-tiba .
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan

LATIHAN 12 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Ramalingam sudah memperoleh keuntungan yang lumayan hasil daripada keuntungan pelaburan sahamnya. Namun, kerana inginkan pendapatan yang lebih dan keuntungan yang berganda, Ramalingam telah membuat pelaburan yang banyak dan berisiko tinggi tanpa menyedari nilai pasaran saham dunia telah jatuh menjunam. Akibatnya, Ramalingam telah mengalami kerugian yang banyak dan hampir diisytiharkan muflis.
Bagai anjing dengan bayang-bayang

(ii) Sejak kecil, Sulaiman sudah bercita-cita untuk menjadi pemandu kapal terbang. Dia belajar bersungguhsungguh sehingga berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang penerbangan di sebuah universiti terkemuka luar negara. Kini, dia ditawarkan menjadi pemandu kapal terbang di sebuah syarikat penerbangan dan beberapa hari lagi, dia bakal memandu sebuah pesawat udara.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

(iii) Tatkala lalu di depan ayah tirinya yang garang itu, Maniam tunduk membisu dan melangkah dengan sopan sekali .
Sarang tebuan jangan dijolok

LATIHAN 13
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut .
(i) Bagi Fatimah, selagi dia belum dapat menyelesaikan masalah matematik itu, dia tidak akan keluar bermain, sebaliknya dia terus mencubanya hingga berjaya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

(ii) “Usah kamu kecewa kerana tewas dalam perlawanan hoki hari ini, Farah. Semalam pasukan sekolah kamu yang menang, mungkin hari ini pasukan sekolah lain pula yang bernasib baik” nasihat ayahnya.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

(iii) Sikap saling membantu dan kerjasama antara Malaysia dengan Indonesia semakin jelas terutama ketika negara jiran itu dilanda bencana.
Bagai aur dengan tebing

LATIHAN 14
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Baju yang dibeli oleh Mardiah sejak lima tahun lalu masih elok dan boleh dipakai kerana harganya mahal serta dibuat daripada bahan yang berkualiti.
Alah membeli, menang memakai

(ii) Pergaulan bebas telah menyebabkan gadis itu mengandung dan seluruh keluarganya terpaksa menanggung malu.
Seperti anjing bercawat ekor

(iii) Disebabkan sikap Azrin yang suka melanggar peraturan sekolah, semua rakan sekelasnya telah didenda.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

LATIHAN 15 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Walaupun banyak kemajuan yang cuba dibawa masuk oleh pelbagai pihak, penduduk di kawasan pedalaman itu tetap berkeras tidak mahu menerima perubahan.
Dibakar tak hangus, direndam tak basah

(ii) Konstabel Othman dan rakan-rakannya tetap tidak akan menyerah kalah dan akan terus menentang serangan pengganas komunis itu walaupun nyawa mereka akan terkorban.
Biar putih tulang, jangan putih mata

(iii) Dalam pertikaian yang berlarutan itu, ternyata tiada pihak yang beroleh keuntungan.
Kalah jadi abu, menang jadi arang

LATIHAN 16
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Walaupun telah berjaya sebagai penyanyi di Eropah, akhirnya Anita Sarawak kembali menetap di tanah airnya.
Seperti ikan pulang ke lubuk

(ii) Peniaga itu mengambil kesempatan dengan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir itu.
Menangguk di air keruh

(iii) Hancur luluh hati Mak Munah apabila anaknya tidak mempedulikan dirinya lagi.
Bagai dihiris dengan sembilu

LATIHAN 17 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Kita perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki kerana rezeki tidak akan datang sendiri.
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

(ii) Cerita tentang kejahatan anak Tok Penghulu bukan rekaan penduduk kampung semata-mata kerana cerita itu tersebar daripada sumber yang boleh dipercayai.
Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk

(iii) Usaha kesatuan sekerja mengadakan mogok untuk menuntut kenaikan gaji daripada majikan hanya sia-sia kerana bukan sahaja tuntutan mereka tidak dilayan, malah mereka diancam akan dibuang kerja jika meneruskan mogok.
Ikan di hulu, tuba di hilir

LATIHAN 18
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Tingkah laku anak-anak bergantung pada didikan yang diterima daripada ibu bapa mereka.
Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi

(ii) Amirul tidak terlalu mengambil kira akan harga sesuatu barang asalkan barang itu tahan lama apabila digunakan.
Alah membeli menang memakai

(iii) Abdullah terpaksa mendedahkan tingkah laku negatif rakannya walaupun menyedari tindakan tersebut akan menimbulkan kemarahan rakannya itu.
Ditelan mati emak, diluah mati bapa

LATIHAN 19
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Setiap petang, Alina dan rakan-rakannya akan bersiar-siar di taman bunga untuk menghilangkan kepenatan bekerja.
Ambil angin

(ii) Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan diri atau bersesuaian dengan bajet kita.
Ukur baju di badan sendiri

(iii) Sebelum melakukan sesuatu perkara, kita hendaklah berfikir dengan semasak-masaknya supaya tidak menyesal pada kemudian hari.
Pukul anjing tengok-tengok tuannya

LATIHAN 20 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Ravi selalu ponteng sekolah untuk pergi ke pusat komputer bersama-sama dengan rakan-rakannya namun, perbuatannya itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan di pusat komputer itu.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

(ii) Kehidupan Osman berubah selepas tanah yang dibelinya dahulu dengan harga yang murah telah dibeli pula oleh pemaju perumahan dengan harga yang mahal.
Durian runtuh

(iii) Chi Min Ji telah mengatakan bahawa Rafilah yang membaling kapur terhadap Khosyatillah tetapi sebenarnya dia yang telah melakukannya.
Baling batu sembunyi tangan

LATIHAN 21
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Zakuan sedar, tidak berguna mencuri harta orang, lebih baik bekerja, supaya apabila dia mati kelak, akan meninggalkan nama yang baik.
Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga

(ii) Jika diperhatikan, tingkah laku Safuan tidak jauh bezanya dengan perangai ayahnya.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

(iii) Para perajurit itu sanggup mati mempertahankan tanah air daripada menyerah kalah.
Biar putih tulang, jangan putih mata

LATIHAN 22 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Amir hidup merempat sebelum dibantu oleh Tuan Syaiful menjadi penyanyi terkenal tetapi kini dia lupa diri, peminat mula meluat kerana dia mengada-ngada minta dilayan seperti orang-orang besar dan penting.
Bagai kacang lupakan kulit

(ii) Sebagai ahli perniagaan Salim reda harga makanan naik walaupun dia mendapat untung yang sedikit, biarlah rugi sedikit daripada mendapat rugi yang banyak seperti tiada orang datang membeli makanan di kedainya.
Biar titik jangan tumpah

(iii) Encik Raja dan isteri berasa amat bertuah dan berbahagia kerana semua anaknya mencapai kejayaan dalam pelajaran masing-masing dan mempunyai kerjaya yang baik, keluarganya menjadi teladan kepada keluarga-keluarga lain.
Seperti mendapat gagak putih

LATIHAN 23 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Ramai pekedai menyorok gula dengan tujuan apabila harga naik mereka akan mendapat keuntungan yang lebih baik.
Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang

(ii) Hafiz menyusahkan dirinya sahaja apabila menjamin rakannya yang menagih dadah kerana kini rakannya tinggal bersama-samanya menyebabkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan yang banyak.
Bagai melepaskan anjing tersepit

(iii) Perangai Safuan dan adiknya Saiful sungguh berbeza kerana Safuan terlalu peramah sebaliknya Saiful amat pendiam.
Bagai langit dengan bumi

LATIHAN 24 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Kehidupan Mak Timah amat perit selepas kematian suaminya sebulan lalu, kini anak lelakinya yang membantunya menoreh getah pula ditangkap polis kerana terlibat dalam kes pengedaran dadah.
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau

(ii) Hasan mengatakan kepada Yazid bahawa manusia tidak lepas daripada melakukan kesalahan, walaupun Yazid bekas banduan dia boleh menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara seperti orang lain tanpa mengulangi kesilapan lalu.
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam

(iii) Pembantu pejabat itu bersikap seperti pengurus syarikat, dia mengarahkan pelanggan syarikat berjumpanya mengikut masa yang ditetapkan walaupun pengurus meminta pelanggan datang pada bila-bila masa.
Katak hendak menjadi lembu

LATIHAN 25
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Tindakan mereka menderma kepada orang kaya itu sia-sia kerana beliau mempunyai kemampuan untuk membiayai rawatan anaknya di luar negara.
Laksana layang-layang melawan angin

(ii) Keluarga Zaharah tidak bersetuju untuk mengahwinkan anaknya itu dengan anak jutawan terkenal negara kerana mereka berbeza dari segi taraf.
Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama

(iii) Jika kita mengusahakan kerja itu sedikit demi sedikit, lambat-laun kerja itu akan habis juga.
Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit

LATIHAN 26 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Walaupun sibuk dengan jadual kuliah, saya tetap menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

(ii) Semasa gotong-royong, kami berazam untuk menghabiskan semua kerja bersama-sama.
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni

(iii) Untuk melahirkan anak-anak bersifat serba boleh dan berdaya saing, ibu bapa harus memainkan peranan dan menjadi ikon kepada anak-anak.
Getah daun akan mengalir ke batang juga

LATIHAN 27
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Dalam mesyuarat itu, keputusan tidak dapat dibuat kerana masing-masing memberikan pendapat yang mementingkan diri sendiri.
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

(ii) Amran merupakan seorang yang kaya, tetapi tidak pernah memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan .
Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

(iii) Kecantikan gadis itu sukar ditandingi oleh gadis-gadis lain di kampung itu .
Laksana janda baru bangun tidur

LATIHAN 28 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Sudah puas dia dinasihati oleh ibu bapanya supaya tidak berkawan dengan budak-budak nakal itu tetapi langsung tidak dipedulikannya.
Bagai mencurah air ke daun keladi

(ii) Kita haruslah menyanjung bahasa kita walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk mendaulatkannya.
Bahasa jiwa bangsa

(iii) Wajah pasangan pengantin itu berseri-seri apabila mendengar bisikan tetamu bahawa mereka secocok .
Bagai ayam mengeram telur
LATIHAN 29
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Zurina rajin mengulang kaji pelajaran setiap hari walaupun dia bukanlah murid yang cemerlang kerana dia yakin bahawa dia akan lulus dalam peperiksaan .
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam

(ii) Encik Halim dan isterinya memaafkan anak bongsu mereka yang insaf atas kesalahannya ponteng sekolah kerana mereka sedar bahawa tiada manusia yang tidak berbuat silap dalam hidup masing-masing.
Bumi mana tidak ditimpa hujan

(iii) Pak Mahmud merungut kerana kemudahan di pusat peranginan itu tidak seperti yang ditawarkan dalam iklannya.
Indah khabar daripada rupa

LATIHAN 30
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Liana dan Julia memahami tabiat dan isi hati masing-masing kerana telah terlalu lama berkawan rapat.
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu

(ii) Badrul tercengang-cengang semasa menghadiri majlis di rumah pegawai daerah itu kerana selama ini dia tidak pernah bergaul dengan orang berpangkat.
Bagai rusa masuk kampung

(iii) Hashim tidak mempercayai kata-kata Rizman, tetapi jika perkara itu tidak benar, tentulah rakannya itu tidak memperkatakan hal tersebut .
Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang

LATIHAN 31
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Wan Ching hanya membasuh pinggan mangkuk apabila disuruh oleh emaknya.
Bagai kerbau dicucuk hidung

(ii) Saya tidak akan berbaik dengannya lagi kerana dia tidak mempunyai semangat setia kawan.
Sekali bersengat, selalu beringat

(iii) “Kalau orang lain cepat sahaja ditolongnya tetapi kalau keluarga sendiri yang meminta bantuan, belum tentu akan berhasil,” keluh Puan Anisah tentang sikap suaminya .
Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

LATIHAN 32 
Bacakan ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i) Ketua kampung itu amat berada tetapi sanggup bergaul mesra dengan penduduk kampung.
Budi bahasa tidak dijual beli

(ii) Adik-beradik kembar itu berwajah seiras dan berkelakuan sama.
Pelanduk dua serupa

(iii) Rakyat Malaysia berbilang-bilang kaum yang hidup bersatu padu telah menjadi kunci keamanan dan kemajuan negara.
Bersatu teguh, bercerai roboh

Comments

Popular posts from this blog

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa

Bina Ayat Kosa Kata Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan