Latihan Peribahasa
Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.
Latihan 1
1. bagaikan kera mendapat bunga
Maksud: Seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain.
Ayat: Ahmad bagaikan kera mendapat bunga kerana menyimpan hadiah telefon bimbit yang diberi oleh ayahnya di dalam laci dan tidak menggunakannya.
2. kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit
Maksud: Disebabkan seorang berbuat keburukan, nama kumpulan menjadi buruk
Ayat: Sikap Aiman yang suka melakukan perbuatan jahat menyebabkan nama sekolah tercemar kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.
3. burung terbang dipipiskan lada
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
Ayat: Ayah menyindir Abu yang seperti burung terbang dipipiskan lada kerana banyak sangat keinginan dan rancangan yang ingin dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang kemahiran.
4. menegakkan benang yang basah
Maksud: Mencuba menegakkan sesautu yang salah atau tidak benar.
Ayat: Kamu jangan menegakkan benang yang basah kerana kami telah mengetahui kebenaran perkara itu.
5. bagaikan telur dihujung tanduk
Maksud: Kedudukan yang tidak tetap atau berada di keadaan yang berbahaya.
Ayat: Sejak meminjam wang daripada syarikat pinjaman wang haram, kehidupan Abu bagaikan telur di hujung tanduk.
6. ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
Maksud: Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri.
Ayat: Walaupun kaya, usahawan yang berjaya itu merendah diri kerana ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7. bagaikan tikus jatuh di kepuk
Maksud: Mendapat keuntungan yang banyak secara tiba-tiba.
Ayat: Khairul bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah memenangi loteri itu.
8. matinya semut kerana gula
Maksud: Mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda.
Ayat: Oleh sebab terlalu tamak akan kuasa dan harta, akhirnya Fikri hidup melarat seperti matinya semut kerana gula.
9. air dicincang tidak akan putus
Maksud: Hubungan persaudaraan tidak akan putus.
Ayat: Adik-beradik itu yang bergaduh tadi sedang bermain bersama-sama dengan gembira kerana air dicincang tidak akan putus.
10. bagaikan embun di hujung rumput
Maksud: Kasih sayang yang tidak berkekalan.
Ayat: Perkahwinan pasangan itu bertahan selama dua bulan sahaja bagaikan embun di hujung rumput.
Latihan 2
1. seperti mendukung biawak hidup
Maksud: Melakukan sesuatu yang membebankan tanpa mendatangkan faedah.
Ayat: Harith seperti mendukung biawak hidup apabila menyertai ekspedisi ke gunung berapi itu.
2. sudah jatuh ditimpa tangga
Maksud: Mengalami kesusahan berterus-terusan
Ayat: Kehidupan Siti ibarat sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah beg tangannya diragut, kereta dia pula dilanggar.
3. kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan
Ayat: Lebih mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
Maksud: Sikap jawatan itu bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana sibuk membiayai kos pelajaran pelajar-pelajar cemerlang tetapi anak sendiri diminta untuk mencari wang sendiri.
4. ditelan mati emak, dibuang mati bapak
Maksud: Dalam keadaan yagn serba salah untuk membuat keputusan.
Ayat: Hureen bagai ditelan mati emak, dibuang mati bapak kerana dia tidak tahu ingin menggunakan wangnya untuk membeli telefon bimbit atau membantu kawannya yang mengalami masalah kewangan.
5. kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah
Maksud: Kejadian sesuatu pasti ada sebabnya.
Ayat: Saya yakin bahawa Yasmin tidak disukai oleh kawan-kawannya oleh sebab dia telah melakukan sesuatu yang tidak baik kerana kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.
6. bagaikan anjing dengan bayang-bayang
Maksud: Orang yang tamak akan rugi
Ayat: Ibu menasihati saya supaya tidak bersikap terlalu tamak agar tidak mengalami kerugian yang besar bagaikan anjing dengan bayang-bayang.
7. sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina
Maksud: Telah tahu keadaan sebenar walaupun hanya melihat luarannya sahaja
Ayat: Dengan melihat muka Zahid, saya boleh mengetahui bahawa dia sedang mengalami kesusahan kerana seiklas ikan di air, sudah kutahu jantan betina.
8. genggam bara api biar sampai menjadi arang
Maksud: Membuat sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan
Ayat: Haikal akhirnya berjaya setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh selama beberapa bulan dan tidak berputus asa apabila menghadapi kesusahan umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.
9. bagai mencurah air ke daun keladi
Maksud: Memberikan nasihat yang tidak dapat diresap ke dalam hati.
Ayat: Ibu bagai mencurah sir ke daun keladi kerana segala nasihat ibu tidak diikuti dan didengari oleh adik yang degil.
10. kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Maksud: Kesalahan orang lain biarpun kecil kita nampak, kesalahan sendiri banyak tetapi tidak disedari
Ayat: Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain kerana kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak.
Latihan 3
1. Bagaikan lalat mengharung najis/ tahi
Maksud: Di mana ada punca rezeki, di situlah orang ramai
Ayat: Bandar yang mempunyai banyak peluang pekerjaan itu tempat tumpuan masyarakat kerana bagaikan lalat mengharung najis/tahi.
2. Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud: Sesuatu yang tumbuh dengan pesat dalam sesuatu masa.
Ayat: Banyak bangunan baru yang dibina dalam tempoh beberapa bulan sahaja seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
3. sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain
Maksud: Suatu pekara yang dilakukan dengan sabar dan tekun tanpa berputus asa akhirnya akan berjaya juga.
Ayat: Faris tidak jemu mengulang kaji pelajaran setiap hati walaupun hanya setengah jam setiap hari dan akhirnya mendapat keputusan yang cemerlang kerana sehari sehelai benang, lama-lama menjadi kain.
4. seperti pelanduk dua serupa
Maksud: Wajah yang sama.
Ayat: Saya selalu tidak dapat mengenal pasti siapa Fina dan Kina kerana mereka berdua seperti pelanduk dua serupa.
5. melentur buluh biarlah dari rebungnya
Maksud: Lebih baik untuk mengajar seseorang sejak dari kecil lagi kerana apabila mereka telah dewasa, mereka susah menerima nasihat.
Ayat: Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka mengamalkan amalan yang baik sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
6. seperti ular kena palu
Maksud: Bengkang-bengkok
Ayat: Jalan raya ke Tanah Tinggi Cameron yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu menyebabkan saya pening kepala.
7. mati semut kerana gula

8. bagai mendapat durian runtuh
Maksud: Mendapat keuntungan yang tidak disangka dan banyak secara tiba-tiba.
Ayat: Para pekerja kerajaan bagai mendapat durian runtuh apabila kerajaan mengumumkan untuk memberi bonus sebanyal dua bulan.
9. umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain
Maksud: Hubungan dua orang yang rapat tetapi mempunyai minat dalam bidang yang lain
Ayat: Ali berminat dalam bermain bola sepak, tetapi kawan baiknya berminat dalam berenang umpama tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
10. mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan
Maksud: Melepaskan apa yang ada untuk mengejar keuntungan yang lebih banyak.
Ayat: Apabila Lisa mendapat berita bahawa dia mendapat kerja yang lebih baik, dia terus berhenti kerjanya bagai mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan.
Latihan 4
Beri peribahasa yang sesuai dengan ayat yang dinyatakan tersebut.
1. Kata-kata dan janji manis yang diberi oleh calon yang bertanding dalam pilihanraya itu tidak disukai oleh penduduk di kawasan itu kerana janji yang ditabur tersebut mempunyai maksud yang tertentu.
Seperti menanam tebu di tepi bibir
2. Selepas pertandingan memilih calon wakil rakyat itu berakhir, semua pihak yang bermusuhan telah berbaik-baik semula seperti sediakala.
Biduk berlalu, kiambang bertaut
3. Walaupun sudah sepuluh tahun berhijrah ke luar negara untuk mencari rezeki, namun kehidupan Encik Izkram masih juga susah apabila dia pulang ke kampung halamannya.
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu
4. Walaupun berbadan besar dan kelihatan garang namun sebenarnya En. Mohd. Ramsul seorang guru yang baik hari ,lemah lembut, dan penyanyang.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
5. Walaupun keluarga Encik Mohd. Salam cuba menyembunyikan kisah anaknya terlibat dalam rasuah, namun akhirnya rahsia tersebut tersebar juga kepada orang ramai.
Seperti api dalam sekam
6. Hanya Husaini sahaja yang nakal di kelas itu tetapi semua pelajar di sekolah itu menganggap pelajar kelas tersebut sebagai kelas pelajar-pelajar nakal.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
7. Walaupun asalnya Saidiyah seorang pelajar yang lembam namun setelah diajar dengan bersungguh- sungguh oleh guru-gurunya, akhirnya dia berjaya dalam peperiksaan itu dengan cemerlang.
Belakang parang jika diasah lagikan tajam
8. Farislullah seorang pelajar yang tidak tahu bermain badminton tetapi cuba mengambil bahagian dalam pertandingan badminton peringkat Daerah Perak Tengah.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
9. Setelah merantau di India lebih tujuh tahun, akhirnya Faleh pulang dan menetap semula di kampungnya yang terletak di Negeri Sembilan.
Seperti itik pulang ke lubuk
10. Perbuatan Syaidiyah menasihati kekasihnya yang bernama Farislullah supaya berhenti merokok sia-sia sahaja kerana tidak diendahkan sama sekali oleh kekaksihnya itu.
Bagai mencurah air ke daun keladi

Comments
Post a Comment