Latihan Tatabahasa dan Istilah

Setiap ayat mengandungi satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Betulkan ayat tersebut dengan menulis semula ayat tersebut.

 1. “Adakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?” tanya para peserta perlawanan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.
"Apakah menu yang dihidangkan oleh tukang masak di hotel itu?" tanya para peserta pertandingan memasak yang dianjurkan oleh hotel tersebut.


 2. Bapa saudaranya memperoleh pendapat yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dia buat. 
Bapa saudaranya memperoleh pendapatan yang agak lumayan hasil jualan pisang goreng yang dimasak olehnya.


3. Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik dari seorang pemuda lagi. 
Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan, tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi.


4. Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa di mahkamah di atas tuduhan memalapkan wang syarikat tersebut. 
Seorang pegawai tinggi syarikat itu telah didakwa ke mahkamah di atas tuduhan menggelapkan wang syarikat tersebut.


5. Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjajah ke seluruh negeri Melaka yang syarikat itu anjurkan. 
Azmir tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan menjelajah ke seluruh negeri Melaka yang dianjurkan oleh syarikat itu.


6. Beribu ayam ternakan dimusnahkan oleh kerajaan Maxico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu. 
Beribu-ribu ayam ternakan dihapuskan oleh kerajaan Mexico akibat sindrom selsema burung yang menyerang di beberapa buah daerah di negara itu.


7. Semua mangsa tsunami dipindahkan oleh kami ke pusat petempatan sementara sebaik-baik menerima arahan daripada pihak berkuasa.
Semua mangsa tsunami kami pindahkan ke pusat penempatan sementara sebaik menerima arahan daripada pihak berkuasa.


8. Buku-buku Syarikat Maju Jaya paling laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kuantiti.
Buku-buku Syarikat Maju Jaya laris sekali jualannya kerana penulis-penulis di syarikat tersebut begitu mengutamakan kualiti.


 9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menulis surat perjanjian tersebut. 
Setelah meneliti semua syarat yang ditetapkan di dalam surat perjanjian oleh peguam, akhirnya Muzammil bersetuju untuk menandatangani surat perjanjian tersebut.


10. Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. 
Buku itu telah saya hantar kepada penerimanya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.


11. Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan lain-lain hal dan seterusnya menunda mesyuarat tersebut. 
Sebelum mesyuarat pada hari itu berakhir, pengerusi mesyuarat telah meminta pandangan ahli yang hadir untuk membincangkan hal-hal lain dan seterusnya menangguhkan mesyuarat tersebut.

12. Pada hari ini, masalah penggunaan dadah di kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil. 
Pada hari ini, masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin membimbangkan dan jalan penyelesaian perlu segera diambil.


13. Pada masa kini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah buruk akan dibaik puluh bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita. 
Pada masa ini, bangunan-bangunan lama di kawasan bandar yang sudah rosak akan dibaik pulih bagi menarik kehadiran pelancong ke negara kita.


14. Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenaraihitam supaya menjadi teladan kepada pekilang yang lain. 
Pemilik kilang yang masih berdegil kerana membuang sisa toksik ke dalam sungai akan disenarai hitam supaya menjadi teladan kepada 


15. Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling potong-memotong tanpa memikirkan takat keselamatan diri mereka sendiri. 
Remaja yang menunggang motosikal di lebuh raya itu saling memotong tanpa memikirkan tahap keselamatan diri mereka sendiri.


16. Ayah sangat gemarkan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang dibaluti tepung itu. 
Ayah sangat gemar akan makanan yang dimasak oleh ibu terutamanya ayam goreng yang disaluti tepung itu.


17. Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya pemjenayah berbahaya itu berjaya ditangkap dan didakwa di muka perbicaraan. 
Berdasarkan kepada maklumat yang diberi oleh orang awam, akhirnya penjenayah berbahaya itu berjaya diberkas dan didakwa di muka perbicaraan.


18. Peminat bola sepak itu sedang membincangkan tentang corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah kumpulan bola sepak dari luar negara. 
Peminat bola sepak itu sedang membincangkan corak permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua buah pasukan bola sepak dari luar negara.


19. Mereka-mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan petikan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.
Mereka yang hadir ke majlis makan malam perdana pada malam itu dihiburkan dengan gesekan biola seorang ahli muzik tanah air yang amat terkenal.


 20. Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu sekumpulan penjenayah yang dipercayai masih berada pada ibu negara berkenaan. 
Pihak polis di negara tersebut sedang giat memburu segerombolan penjenayah yang dipercayai masih berada di ibu negara berkenaan.


21. Seorang daripada peserta kereta lumba itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua butir tayar kereta yang dipandunya meletup. 
Seorang daripada peserta lumba kereta itu telah menarik diri daripada pertandingan kerana dua buah tayar kereta yang dipandunya meletup.



22. Tiap pagi hari minggu, ibu akan membangunkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.
Tiap-tiap pagi hari minggu, ibu akan mengejutkan kami daripada tidur dan mengajak kami berjoging di taman yang berhampiran.


23. Pekerja di kilang menjahit songket itu memberi syarahan kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ. 
Pekerja di kilang menenun songket itu memberi taklimat kepada kami tentang perjalanan kilang tersebut sebaik sahaja kami sampai di situ.


24. Mereka menempuh berbagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kecederaan. 
Mereka menempuh berbagai-bagai cabaran sejak ketua keluarga itu tidak bekerja kerana terlibat dalam kemalangan.


25. Kami amat terkejut bila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digiling kereta api di kawasan landasan itu.
Kami amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ada seekor lembu mati kerana digilis kereta api di kawasan landasan itu.


26. Terdapat beribu ekor rusa telah dipelihara di kawasan ternakan Pulau Kerdas. 
Terdapat beribu-ribu ekor rusa telah diternak di kawasan ternakan Pulau Kerdas.


27. Pekerja yang mengambil cuti itu menjatuhkan tandatangan kepada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya. 
Pekerja yang mengambil cuti itu menurunkan tandatangan pada borang di atas meja tersebut sebelum menyerahkan borang itu kepada pengurusnya.


28. Ibu menghadiahkan kakak sebuah telefon tangan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 
Ibu menghadiahi kakak sebuah telefon bimbit kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.


29. Setengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal memasukkan gol. 
Sesetengah penonton yang tidak berpuas hati telah membaling objek seperti botol apabila para pemain gagal menjaringkan gol.


30. Pegkaji di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat bagi membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai. 
Penyelidik di hospital itu telah mengemukakan sebuah pendapat dalam membendung wabak selsema burung daripada meluas kepada orang ramai.


31. Adalah dimaklumkan bahawa pertunjukan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal. 
Dimaklumkan bahawa peragaan pakaian ini akan dirasmikan oleh seorang tokoh perniagaan yang terkenal.


32. Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke semasa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijelajah lagi. 
Rakyat Malaysia perlu berusaha mengekalkan kemerdekaan negara dari masa ke masa agar tanah air yang tercinta ini tidak akan dijajah lagi.


33. Rakyat diseur membeli barangan tempatan demi untuk mengurangkan pegerakan wang ke luar negara. 
Rakyat diseru membeli barangan tempatan demi mengurangkan pegerakan wang ke luar negara.


34. Anggota pasukan keselamatan itu sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan tanah air kita dari ancaman musuh. 
Anggota pasukan keselamatan itu sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air kita daripada ancaman musuh. 


35. Kebanyakan peserta-peserta yang menyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang berbelok-belok sebelum tiba ke garisan penamat. 
Kebanyakan peserta yang meyertai acara lumba basikal itu terpaksa melalui jalan yang bersimpang siur sebelum tiba ke garisan penamat.


36. Para peserta yang menyertai perlawanan memasak tersebut akan disediakan dengan berapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu. 
Para peserta yang menyertai pertandingan memasak tersebut akan disediakan dengan beberapa jenis bahan masakan di ruang masakan itu.


37. Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos bawah yang masih terbengkalai. 
Perdana Menteri menggesa pemaju-pemaju perumahan agar mempercepatkan kerja-kerja pembinaan rumah kos rendah yang sedang terbengkalai.


38. Menurut Badan Pencegah Rasuah, kejayaan perumahan itu ialah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.
Menurut Badan Pencegah Rasuah, kegagalan perumahan itu adalah disebabkan oleh kelemahan pengurusan syarikat terbabit.

39. Nama julukan artis yang terkenal itu adalah Mawi. 
Nama jolokan artis yang terkenal itu ialah Mawi.


40. Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dia lakukan, namun perbuatan jahatnya itu terbungkam juga. 
Walaupun Rajagopal cuba untuk menyembunyikan perbuatan jenayah yang dilakukan olehnya, namun perbuatan jahatnya itu terbongkar juga.


41. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekeliling, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya pada orang ramai. 
Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar, pihak berkuasa perlu memberi pendidikan yang sewajarnya kepada orang ramai.


42. Tapak sisih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah mereka serahkan kepada pihak pengantin perempuan. 
Tapak sirih yang dibawa oleh rombongan pengantin lelaki itu telah diserahkan oleh mereka kepada pihak pengantin perempuan.


43. Pengetua telah mengakui bahawa salinan sijil yang pemuda itu runjukkan adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan. 
Pengetua telah mengesahkan bahawa salinan sijil yang ditunjukkan oleh pemuda itu adalah benar setelah melihat sijil asal yang dikemukakan.


44. Jabatan Perhilitan akan mengadakan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu setengah tahun. 
Jabatan Perhilitan akan menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan maklumat tentang kepupusan beberapa jenis burung di negara kita dalam tempoh satu tahun setengah.


45. Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama memikir dan mencari jalan untuk mengatasi masalah pendidikan di negara kita. 
Para budayawan mestilah memerah minda untuk sama-sama berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pendidikan di negara kita.


46. Jika sekiranya surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos segera. 
Jika surat itu hendak dikirim nanti, anda hendaklah menggunakan khidmat pos laju.


47. Ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempuh yang singkat. 
Hal ini kerana cara ini lebih selamat dan mereka dapat menyiapkan tugasan itu dalam tempoh yang singkat.


48. Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal di buat pada minggu hadapan. 
Sehubungan dengan itu, beliau meminta ibu bapa dan pelajar terlibat supaya bersabar menunggu keputusan yang bakal diumumkan pada minggu hadapan.


49. Tumpuan kini ialah kea rah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke semasa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki. 
Tumpuan kini ialah ke arah mempertingkatkan kemahiran dan keterampilan pekerja dari masa ke masa hingga mencapai satu tahap yang dikehendaki.


50. Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk meningkatkan mutu barang keluaran mereka.
Kerajaan menyarankan agar pengilang dan pengusaha Malaysia sentiasa menjalankan penyelidikan dan menggunakan teknologi terkini untuk mempertingkatkan mutu barangan keluaran mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Peribahasa KBAT

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa

Bina Ayat Kosa Kata Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan