Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) swafoto
Saya telah mengambil gambar swafoto menggunakan telefon pintar apabila saya pergi melancong bersendirian di luar negara.
(ii) tetikus
Tetikus tanpa wayar yang dijual di kedai barangan elektronik itu amat mahal.
(iii) tular
Adik terpaksa dikuarantin kerana menghidapi penyakit yang mudah tular.
(iv) cakera padat
Budak lelaki yang nakal itu dihukum kerana melanggar peraturan sekolah dengan membawa cakera padat yang mengandungi filem-filem lucah.
(v) dalam talian
(i) Kata Ayuni kepada Sarah, “Jangan makan makanan yang banyak lemak. Saya bimbang awak akan mendapat sakit.”
Ayuni menasihati Sarah supaya tidak makan makanan yang banyak lemak kerana bimbang akan kesihatan Sarah.
(ii) “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muazzam. “Saya akan mematuhi semua peraturan sekolah ini," sambungnya lagi.
Muazzam berjanji bahawa dia tidak akan buat jahat lagi dan akan mematuhi semua peraturan sekolah ini.
(iii) “Lipas! Lipas!” Alia menjerit. “Ada lipas di atas meja,” katanya lagi.
Alia menjerit sambil menyebut lipas berkali-kali dengan perasaan takut.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pelawat-pelawat begitu kagum melihat rekabentuk Pusat Sains Negara semasa diadakan di luar mahupun di dalam bangunan itu.

Pada era globalisasi ini, ramai orang yang membeli-belah dalam talian telah menyebabkan pelanggan pusat beli-belah semakin berkurangan.
(vi) muat turun
Kami sedang menonton filem yang telah saya muat turun dari Internet pagi tadi.
(b) Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.(vi) muat turun
Kami sedang menonton filem yang telah saya muat turun dari Internet pagi tadi.
(i) Kata Ayuni kepada Sarah, “Jangan makan makanan yang banyak lemak. Saya bimbang awak akan mendapat sakit.”
Ayuni menasihati Sarah supaya tidak makan makanan yang banyak lemak kerana bimbang akan kesihatan Sarah.
(ii) “Saya berjanji tidak akan buat jahat lagi,” kata Muazzam. “Saya akan mematuhi semua peraturan sekolah ini," sambungnya lagi.
Muazzam berjanji bahawa dia tidak akan buat jahat lagi dan akan mematuhi semua peraturan sekolah ini.
(iii) “Lipas! Lipas!” Alia menjerit. “Ada lipas di atas meja,” katanya lagi.
Alia menjerit sambil menyebut lipas berkali-kali dengan perasaan takut.
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pelawat-pelawat begitu kagum melihat rekabentuk Pusat Sains Negara semasa diadakan di luar mahupun di dalam bangunan itu.
Kesalahan ejaan: reka bentuk
Kesalahan imbuhan: berada
(ii) Langkah-langkah kerajaan meminimakan jumlah pekerja asing di Malaysia yang
makin menambah dari masa ke masa disokong oleh masyarakat.
Kesalahan ejaan: meminimumkan
Kesalahan imbuhan: bertambah
(iii) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monogeraf yang
menghimpunkan pengajian ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
Kesalahan ejaan: monograf
Kesalahan imbuhan: kajian
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Ramai anak muda yang terjatuh dalam masalah sosial di era globalisasi.
Kesalahan kata: terjerumus
Kesalahan tatabahasa: pada
(ii) Masalah tekanan perasaan yang dialami di dalam kalangan kanak-kanak boleh
menjejaskan kecergasan fikiran mereka.
Kesalahan kata: kecerdasan
Kesalahan tatabahasa: dalam
(iii) Habis semua khemah-khemah yang disimpan di dalam stor stadium mini itu
digigit oleh tikus yang berkeliaran di situ.
Kesalahan kata: dikerip
Kesalahan tatabahasa: semua khemah
(e) Berikan satu peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan
peribahasa di bawah.
(i) Bagai cincin dengan permata
Bagai pinang dibelah dua
(ii) Masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri
Mencurah air ke daun keladi
(iii) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Comments
Post a Comment