Peperiksaan Percubaan SPM 2017 Negeri Sembilan

1. (a) Saya telah mendapat banyak ilmu sejarah setelah melawat ke Muzium Negara pada hujung minggu yang lepas.

Doktor Ahmad sedang merawat pesakitnya di hospital dengan teliti.

(b) Air yang mendidih itu sedang mengewap.

Ali dimarahi cikgu kerana dia menguap semasa cikgu sedang mengajar.

(c) Kakak sedang megelar ikan yang ingin digoreng untuk makan malam nanti.

Budak itu menyelar gadis-gadis yang berpakaian ketat.

2. (a) Kami telah melaksanakan tugas mengemaskinikan maklumat carta organisasi Persatuan Bahasa Melayu pada petang semalam.

(b) Kami sangat memerlukan bimbingan awak untuk memastikan kertas kerja yang diesediakan menepati format yang dikehendaki.

(c) Kementerian Pendidikan melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah untuk melonjakkan kualiti pendidikan di negara ini.

3. (a) Penulis mengabadikan kisah hidup beliau sebagai negarawan dalam sebuah biografi.

(b) Kualiti turapan jalan raya itu tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.

(c) Beberapa orang penjawat awam yang berprofil tinggi dikenal pasti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

4. (a) Kewujudan sosial media telah mencetuskan fenomena perang persepsi dalam kalangan masyarakat masa ini.

(b) Senaman yang konsisten dengan teknik yang betul akan dapat mengatasi masalah hipertensi dan diabetes.

(c) Halia, pegaga dan serai adalah antara herba yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.


Comments

Popular posts from this blog

Soalan Peribahasa KBAT

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa

Bina Ayat Kosa Kata Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan