Posts

Showing posts from March, 2018

120 Soalan Latihan Pola Ayat

120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). 1.          Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) 2.    Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.  Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +FK) 3.    Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +FK) 4.    Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun. Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN) 5.    Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) 6.    Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas. Frasa Nama ...

Latihan Cakap Ajuk Cakap Pindah

Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. “ Bagaimana dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani.   “ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, “ kata Salleh.   “ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. “ jelas Ani. “ Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “   Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu Salleh bertanya bagaimana dengan rancangan Ani. Ani pula bertanya rancangan apa yang Salleh rujukkan. Salleh menjawab rancangan mendaki gunung yang Ani kata kepadanya tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. Salleh sangat menyokong rancangan itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya itu. Latihan 2: “Ani tak ada sapa-sapa. Ani sorang.......” “Ani tak boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata b...

Latihan Pemenggalan Ayat

LATIHAN PEMENGGALAN AYAT Sambung ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut. Latihan 1: Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan. Beberapa jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu. Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang berpunca daripada kegiatan manusia yang berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan ke...

Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. 1. Pengusha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka hati kepada pemborong ayam. Pengusaha ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka hati kepada pemborong ayam. 2. Pembenaan jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen. Pembinaan jambatan di kampung itu kegendalaan selama berapa bulan kerana masalah bekalan simen. 3. Junainah hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.   Junainah hanya mendiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang dianggap remeh itu. 4. Perompak yang sanga...