Latihan Pemenggalan Ayat
LATIHAN
PEMENGGALAN AYAT
Sambung
ayat-ayat pendek dalam petikan di bawah ini supaya menjadi tiga ayat saja tanpa
mengubah susunan dan makna asal ayat-ayat tersebut.
Latihan 1:
Beberapa
jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita. Binatang-binatang
liar tersebut menjadi penghuni hutan sejak beberapa lama dulu. Kini binatang
liar tersebut menghadapi kepupusan. Kepupusan ini berpunca daripada kegiatan
manusia. Manusia berburu sesuka hati mereka. Kepupusan berpunca daripada
kegiatan pembangunan. Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar
adalah dengan mengadakan kempen kesedaran. Penyelidikan terhadap hidupan liar
juga boleh dilakukan.
Beberapa
jenis binatang liar menghuni hutan belantara negara kita sejak beberapa lama dulu.
Kini binatang liar tersebut menghadapi kepupusan yang berpunca daripada
kegiatan manusia yang berburu sesuka hati mereka dan kegiatan pembangunan.
Antara langkah untuk membendung kepupusan hidupan liar adalah dengan mengadakan
kempen kesedaran dan penyelidikan terhadap hidupan liar juga boleh dilakukan.
Latihan 2:
Televisyen
merupakan salah satu media sebaran am. Televisyen direka untuk memberikan
manfaat kepada manusia. Manfaat tersebut adalah dalam pelbagai aspek.
Malangnya, akhir-akhir ini kemunculan televisyen dikatakan membawa pelbagai
masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan televisyen kepada masyarakat
telah dilakukan. Hasil penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa adegan-adegan
ganas dalam siaran televisyen dapat mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para
penerbit filem masih membisu terhadap hasil penyelidikan tersebut. Mereka
menegaskan bahawa para penonton terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
Televisyen
merupakan salah satu media sebaran am untuk memberikan manfaat dalam pelbagai
aspek kepada manusia tetapi malangnya akhir-akhir ini kemunculan televisyen
dikatakan membawa pelbagai masalah pula. Pelbagai penyelidikan terhadap kesan
televisyen kepada masyarakat telah dilakukan dan hasil penyelidikan tersebut
menunjukkan bahawa adegan-adegan ganas dalam siaran televisyen dapat
mempengaruhi masyarakat. Malangnya, para penerbit filem masih membisu terhadap
hasil penyelidikan tersebut kerana mereka menegaskan bahawa para penonton
terhibur oleh adegan-adegan yang dipaparkan.
Latihan 3:
Unsur-unsur
keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen. Rancangan-rancangan
tersebut disiarkan oleh RTM. Rancangan-rancangan tersebut terdapat di TV3 juga.
Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang bercorak keganasan itu meningkat.
Hal ini membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang kalau-kalau unsur-unsur tersebut
mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan golongan remaja. Golongan-golongan ini
belum bijak menilai sesuatu yang baik. Mereka tidak bijak menilai sesuatu yang
buruk juga.
Unsur-unsur
keganasan terdapat dalam rancangan-rancangan di televisyen yang disiarkan oleh
RTM terdapat di TV3 juga. Sejak akhir-akhir ini penyiaran rancangan yang
bercorak keganasan itu meningkat dan membimbangkan ibu bapa. Mereka bimbang
kalau-kalau unsur-unsur tersebut mempengaruhi pemikiran kanak-kanak dan
golongan remaja kerana golongan-golongan ini belum bijak menilai sesuatu yang
baik dan menilai sesuatu yang buruk juga.
Latihan 4:
Kementerian
Pelajaran telah memperkenalkan pendidikan asas komputer. Pendidikan ini adalah
untuk para pelajar di negara ini. Langkah Kementerian Pendidikan ini
dialu-alukan oleh ibu bapa. Hal ini kerana langkah ini dapat membantu mengisi
kekosongan dalam bidang berkenaan. Kekosongan tersebut ketara sekali di sekolah
luar bandar. Banyak pihak yang berharap agar langkah kerajaan ini memberikan
peluang kepada pelajar luar bandar mempelajari komputer. Langkah ini diharapkan
dapat menarik minat pelajar mendalami bidang komputer juga.
Latihan 5:
Bercuti ke
Pulau Sayak ialah judul sebuah buku. Buku ini tergolong dalam jenis novel
kanak-kanak. Buku ini dikarang oleh Darulsalam. Buku ini terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah seorang budak lelaki
bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya. Mereka bercuti ke Pulau Sayak.
Mereka terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib mereka
baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
Bercuti ke Pulau Sayak ialah judul sebuah buku
yang tergolong dalam jenis novel kanak-kanak dikarang oleh Darulsalam dan
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bercuti ke Pulau Sayak menceritakan kisah
seorang budak lelaki bernama Syahid bersama-sama dengan rakannya bercuti ke
Pulau Sayak dan terlibat dengan satu kumpulan penyeludup tanpa disedari. Nasib
mereka baik kerana akhirnya mereka berjaya menewaskan kumpulan itu.
Latihan 6:
Pembangunan
yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat. Kepesatan ini berlaku sejak beberapa
tahun yang lalu. Kestabilan ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini
mendorong rakyat asing datang ke sini. Kedatangan mereka adalah untuk mencari
rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka dapat menikmati pelbagai
keistimewaan yang disediakan. Keistimewaan-keistimewaan itu dipandang ringan
oleh segolongan rakyat asing.
Pembangunan
yang dicapai oleh Malaysia begitu pesat sejak beberapa tahun yang lalu dan kestabilan
ekonomi Malaysia pula berterusan. Faktor-faktor ini mendorong rakyat asing
datang ke sini untuk mencari rezeki. Dengan memiliki taraf kerakyatan, mereka
dapat menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan tetapi dipandang ringan
oleh segolongan rakyat asing.
Latihan 7:
Pencemaran
alam berlaku pada tahap yang serius. Keadaan ini mencemaskan manusia di seluruh
dunia. Pencemaran tersebut berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan
bumi sewenang-wenangnya. Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk mengaut
keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan berlakunya pelbagai fenomena
ganjil. Fenomena-fenomena tersebut termasuklah peningkatan suhu dan penipisan
lapisan ozon.
Pencemaran
alam berlaku pada tahap yang serius dan mencemaskan manusia di seluruh dunia
berpunca daripada sifat haloba manusia. Manusia memperlakukan bumi
sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan. Pencemaran alam ini mengakibatkan
berlakunya pelbagai fenomena ganjil termasuklah peningkatan suhu dan penipisan
lapisan ozon.
Comments
Post a Comment