120 Soalan Latihan Pola Ayat
120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut
berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +
FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN + FS).
1.
Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
Frasa
Nama + Frasa Nama (FN + FN)
2. Saya yakin bahawa
rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +FK)
3. Rombongan yang
akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN +FK)
4. Yang belum ke
sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)
5. Seorang pelajar
akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
6. Semua lapan orang
anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
7. Beberapa ekor
burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
8. Buku cerita ini tentang
pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
9. Pelajar baharu
kelas itu bernama Ariana Zafirah.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
10. Beliau seorang
guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
11. Pelajar itu
daripada Kelab Harimau Muda.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
12. Dari negara Jepun
kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
13. Semua pemain sepak
takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
14. Pelumba basikal
yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
15. Guru yang sedang
berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
16. Amat terkenal
pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
17. Penuntut yang
terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN +FN)
18. Bangsa Arab
terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
19. Askar Melayu yang
membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
20. Kapal Phinisi itu
daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
21. Gelang emas yang
dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
22. Buah durian di
belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
23. Semua perkakas di
dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
24. Penyanyi muda yang
berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
25. Bangunan kelab
sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
26. Dua sisir sikat
rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
27. Basikal pam angin
yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
28. Pengawal peribadi
menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
29. Kayu pembaris
kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
30. Kereta lama yang
tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang
David.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
31. Ayah Hafiz ke
kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
32. Umur batu penanda
di jalan raya itu cukup tua.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
33. Lebah betina yang
menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
34. Mereka ke kampung
itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
35. Gerabak kereta api
untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
36. Penduduk rumah
pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
37. Bantuan ini untuk
orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
38. Ketua negara itu
sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
39. Bilangan anak
bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
40. Yang
bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
41. Keluarga yang baru
sampai petang tadi dari Pantai Timur.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
42. Api itu sukar
dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
43. Penduduk kampung
itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
44. Jalan belakang rumah
kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
45. Jam tangan yang
baru dibelinya untuk isterinya.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
46. Wanita India zaman
dahulu menggemari gelang kaki.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
47. Pemuda yang
meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
48. Lelaki yang tidak
lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
49. Sejak menggunakan
motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
50. Keluarga yang
tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
51. Mereka yang suka
belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari
seberang.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
52. Enjin kereta api
Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
53. Waktu hari
keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
54. Menara gading yang
diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
55. Majlis perkahwinan
anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
56. Kedua-dua buah
negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan
keselamatan serantau.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
57. Pakaian ibu yang
baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
58. “Jagalah baik-baik
buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
59. Dalam sejarah
Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
60. Kedua-dua orang
adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah
pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
61. Bandar Sri Aman
bukan ibu kota negeri Sarawak.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
62. Taman haiwan di
bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
63. Gunung Kinabalu
yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
64. Pegawai hutan itu
tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
65. Usahawan yang baru
tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
66. Syed Othman
sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
67. Hasmadi yang akan
menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
68. Mereka cukup
gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor
universiti tersebut.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
69. Gemuk sungguh
keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
70. Tiga buah rumah
ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
71. Kesemua pegawai
kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
72. Ibu tua yang
mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
73. Kereta Proton
berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
74. Daripada kain
sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
75. Menara Kuala
Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
76. Kejadian rusuhan
yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
77. Wad bersalin di
tingkat bawah Blok B.
Frasa Nama + Frasa
Sendi Nama (FN + FS)
78. Setiap pagi Puspa
mengemas bilik tidurnya.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
79. Tuala mandi merah
itu kepunyaan perenang negara.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
80. Anak-anak Encik
Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
81. Aliran air sungai
tohor sangat deras setelah hujan lebat.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
82. Lembaga yang
kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
83. Kenderaan mula
bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
84. Pasukan pengakap
ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
85. Taktik perlawanan
hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
86. Pelajar sentiasa
memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
87. Ketibaannya tadi
secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
88. Peserta yang
tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
89. Sekayu kain
daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
90. Kiriman untuk
tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
91. Akibat angin
kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
92. Kejayaan kehidupan
pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
93. Pengunjung
keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
94. Cabaran kehidupan
kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
95. Pelumba lari pecut
dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
96. Pemuda yang terjun
dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
97. Pinggan mangkuk
yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
98. Beliau ke
Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
99. Sahabat taulan
pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara
Amerika Syarikat ialah Katrina.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang
sahaja.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek
belaka.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara
ini.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat
sahaja.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini
amat pendiam.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana
Menteri.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di
angkasa.
Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar
pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu
ialah Mak Siti.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup
gembira untuk memulakan pendakian.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik
Jonathan.
Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil
yang bijaksana.
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke
Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
Comments
Post a Comment