Kesalahan Ejaan Dan Imbuhan
Dalam setiap
ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat
itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1. Pengusha
ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi suka
hati kepada pemborong ayam.
Pengusaha
ternakan ayam diminta tidak menjual ayam ternakan mereka dengan harga tinggi sesuka
hati kepada pemborong ayam.
2. Pembenaan
jambatan di kampung itu tergendala selama berapa bulan kerana masalah bekalan
simen.
Pembinaan
jambatan di kampung itu kegendalaan selama berapa bulan kerana masalah bekalan
simen.
3. Junainah
hanya terdiam diri apabila disindir oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu
membesar-besarkan cerita yang dianggap rimih itu.
Junainah hanya mendiam diri apabila disindir
oleh rakan setugasnya kerana dia tidak mahu membesar-besarkan cerita yang
dianggap remeh itu.
4. Perompak
yang sangat merbahaya itu Berjaya diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh
pihak polis.
Perompak yang sangat berbahaya itu berjaya
diberkas berdasarkan bukti yang ditemui oleh pihak polis.
5. Semua
pelajar di sekolah itu diwajibkan melibat diri dalam kegiatan ko-kurikulum yang
dijalankan.
Semua
pelajar di sekolah itu diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
yang dijalankan.
6. Walau pun
telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anak masih tidak
berubah.
Walaupun
telah lama berada di luar Negara, sikap Daud yang keanak-anakan masih tidak
berubah.
7. Satu
lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
Satu laporan
lengkap tentang kejadian kemalangan yang melibatkan bas ekspres itu diserahkan
kepada Menteri Pengangkutan.
8. Kosmitik
yang dibuat daripada bahan yang beracun tidak dibenarkan jualan di negara ini.
Kosmetik yang dibuat daripada bahan yang
beracun tidak dibenarkan menjual di negara ini.
9.
Kedudukkan Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburu oleh adik-beradiknya.
Kedudukan
Lim Ah Boon di syarikat ayahnya dicemburui oleh adik-beradiknya.
10. Panel
hakim memutuskan pihak pembangkang menang dalam debatan itu kerana pihak
pencadang gagal mengemukakan definasi tajuk perbahasan dengan tepat.
Panel hakim
memutuskan pihak pembangkang menang dalam debat itu kerana pihak pencadang
gagal mengemukakan definisi tajuk perbahasan dengan tepat.
11. Beranika
jenis barang dijual di kedai yang meletak di hujung jalan itu dan harga yang
ditawarkan berpatutan juga.
Beraneka jenis barang dijual di kedai yang terletak
di hujung jalan itu dan harga yang ditawarkan berpatutan juga.
12.
Pelancung asing yang dating ke majlis kebudayaan itu turut terhibur oleh
persembahan tarian asli yang ditontonkan.
Pelancong asing yang datang ke majlis
kebudayaan itu turut terhibur oleh persembahan tarian asli yang ditonton.
13. Calun
lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran diingatkan
supaya menyertakan semua salinan sijil yang telah disah oleh pihak sekolah.
Calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang
ingin melanjutkan pelajaran diingati supaya menyertakan semua salinan sijil
yang telah disah oleh pihak sekolah.
14.
Kehabisan peterol menyebabkan pelumba kereta dari Ghana itu tidak dapat menamatkan
perlumbaan kerana suntuk masa.
Kehabisan petrol menyebabkan pelumba kereta
dari Ghana itu tidak dapat menamatkan perlumbaan kerana kesuntukan masa.
15. Peninju
yang berbadan gempal itu berjaya tumbang pencabarnya pada pusingan yang kelima.
Peninju yang berbadan gempal itu berjaya menumbangkan
pencabarnya pada pusingan yang kelima.
16. Oleh
sebab dia menghadap masalaah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang
diberikan oleh pegawai harta tanah itu.
Oleh sebab
dia menghadapi masalah kewangan, dia terpaksa menolak tawaran yang diberikan
oleh pegawai harta tanah itu.
17. Masih
banyak orang yang mempercayai kaedah perubatan tradesional kerana mereka
menganggap kaedah tersebut mampu menyembuhi pelbagai penyakit kronik.
Masih banyak
orang yang mempercayai kaedah perubatan tradisional kerana mereka menganggap
kaedah tersebut mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kronik.
18. Runtuh
akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak
dengan gejala gengsterisma.
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
mengakibatkan ramai remaja tersebut terjebak dengan gejala gangsterisma.
19. Lepasan
sekolah teknik dan vokaysional akan diberi peluang bagi menceburi diri dalam
bidang perniagaan dan industri kecil.
Lepasan sekolah teknik dan vokasional akan
diberi peluang bagi mencebur diri dalam bidang perniagaan dan industri kecil.
20. Walaupun
tewas tetapi pasukan bola sepak remaja kebangsaan mempamirkan permainan yang
menarik dan penuh semangat sukan.
Walaupun tewas tetapi pasukan bola sepak
remaja kebangsaan mempamerkan permainan yang menarik dan penuh semangat sukan.
21.
Kanak-kanak itu bertepok tangan sebaik-baik sahaja persembahan nyanyian sempena
disambut kemerdekaan tanah air selesai.
Kanak-kanak itu bertepuk tangan sebaik-baik
sahaja persembahan nyanyian sempena sambutan kemerdekaan tanah air selesai.
22. Selepas
upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik seminar.
Selepas upacara perasmian dewan, pegawai
daerah itu dibawa melawat ke bilik seminar.
23.
Pendidikan pra-sekolah dikenalkan kepada kanak-kanak dalam lingkungan usia 4
hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan mereka pada persekitaran sosial.
Pendidikan prasekolah diperkenalkan kepada
kanak-kanak dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun bagi tujuan mendedahkan
mereka pada persekitaran sosial.
24. Atlit
yang mewakili negara dalam Sukan Asia akan menerima imbuhan sekiranya menangi
pingat dalam acara yang disertai.
Atlet yang mewakili negara dalam Sukan Asia
akan menerima imbuhan sekiranya memenangi pingat dalam acara yang disertai.
25. Pemandu
teksi di ibu kota sudah biasa diperangkap dalam kesesakan jalanraya terutama
pada waktu puncak.
Pemandu teksi di ibu kota sudah biasa terperangkap
dalam kesesakan jalan raya terutama pada waktu puncak.
26. Pilihan
raya kecil di kawasan itu bakal mengadakan berikutan kematian ahli parlimennya
pada awal minggu lepas.
Pilihan raya kecil di kawasan itu bakal diadakan
berikutan kematian ahli parlimennya pada awal minggu lepas.
27. Kami
singgah di Restoren Dusun untuk menikmati pelbagai hidangan dan masak
tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
Kami singgah di Restoran Dusun untuk menikmati
pelbagai hidangan dan masakan tradisional Melayu pada minggu yang lalu.
28. Lima
orang lelaki yang disyaki mencolek anak hartawan itu telah tertangkap oleh
pihak polis di sebuah gudang kosong yang terletak di Ipoh.
Lima orang lelaki yang disyaki menculik anak
hartawan itu telah ditangkap oleh pihak polis di sebuah gudang kosong yang
terletak di Ipoh.
29. Kelayakkan
dalam bidang perakaunan sangat penting kepada seseorang yang ingin melibat diri
dalam lapangan perniagaan.
Kelayakan dalam bidang perakaunan sangat
penting kepada seseorang yang ingin melibatkan diri dalam lapangan perniagaan.
30. Majlis
pelancaran album baharu penyanyi popular itu telah diadakan secara besar-besar
di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Majlis pelancaran album baharu penyanyi
popular itu telah diadakan secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di
ibu kota.
31. Jabatan
Alam Sekitar akan bertindak tegas kepada mana-mana pehak yang melakukan
kebakaran secara terbuka untuk menangani masalah jerebu yang semakin meruncing.
Jabatan Alam Sekitar akan bertindak tegas
kepada mana-mana pihak yang melakukan pembakaran secara terbuka untuk menangani
masalah jerebu yang semakin meruncing.
32. Jabatan
Pengangkutan Jalan akan menguatkuasa undang-undang dari semasa ke semasa untuk
mendisplinkan pengguna jalan raya terutama pada musim perayaan.
Jabatan Pengangkutan Jalan akan menguatkuasakan
undang-undang dari semasa ke semasa untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya
terutama pada musim perayaan.
33. Sebagai
anak, kita mestilah sentiasa menjaga marwah keluarga dengan menghindari diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
Sebagai
anak, kita mestilah sentiasa menjaga maruah keluarga dengan menghindarkan diri
daripada perbuatan yang mengaibkan keluarga.
34. Penduduk
Kampung Permai sedang bergotong royong untuk memperlebarkan jalan kerana
bilangan kenderaan yang melalui kampung itu semakin bertambah.
Penduduk Kampung Permai sedang bergotong-royong
untuk memlebarkan jalan kerana bilangan kenderaan yang melalui kampung itu
semakin bertambah.
35. Dalam
majlis itu, pelbagai persembahan telah mengadakan sempena hari keputeraan baginda
yang ke 52 tahun.
Dalam majlis itu, pelbagai persembahan telah diadakan
sempena hari keputeraan baginda yang ke-52 tahun.
36. Mereka
kesali sikap pihak kontrekter yang tidak dapat menyiapkan projek perumahan
tersebut mengikut jadual yang terdapat dalam butir-butir perjanjian.
Mereka menyesali sikap pihak kontraktor yang
tidak dapat menyiapkan projek perumahan tersebut mengikut jadual yang terdapat
dalam butir-butir perjanjian.
37. Untuk
mempastikan komputer sentiasa selamat samada daripada serangan virus atau
daripada penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh
pembekal.
Untuk memastikan
komputer sentiasa selamat sama ada daripada serangan virus atau daripada
penceroboh sistem komputer, beberapa panduan telah disediakan oleh pembekal.
38. “Saya
mempunyai kaki tangan yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan termasuk
khidmatan menggunting rambut,” katanya dengan ramah.
“Saya mempunyai kakitangan yang berpengalaman
luas dalam bidang kecantikan termasuk perkhidmatan menggunting rambut,” katanya
dengan ramah.
39. Dalam
perhimpunan raksaksa itu, Perdana Menteri telah menasihatkan rakyat supaya
sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian
lama.
Dalam
perhimpunan raksasa itu, Perdana Menteri telah menasihati rakyat supaya
sentiasa bersatu padu untuk mengekalkan perpaduan yang sudah terjalin sekian
lama.
40. Untuk membenteras kejadian jenayah yang
semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah memperbesarkan pasukan anggota
polis dengan menambahkan bilangan anggotanya.
Untuk membanteras kejadian jenayah yang
semakin berleluasa, pihak kerajaan mestilah membesarkan pasukan anggota polis
dengan menambahkan bilangan anggotanya.
41. Dalam
sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke 51 itu, pelbagai acara telah
dirancangkan termasuk acara boria yang akan disembahkan oleh peserta dari
negeri Pulau Pinang.
Dalam sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-51
itu, pelbagai acara telah dirancangkan termasuk acara boria yang akan dipersembahkan
oleh peserta dari negeri Pulau Pinang.
42. Semua
ejensi kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalani kajian bagi mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang
lalu.
Semua agensi
kerajaan diarahkan bergabung untuk menjalankan kajian bagi mencari punca
sebenarnya yang menyebabkan berlakunya banjir besar sejak beberapa hari yang
lalu.
43. Kerajaan
menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan
mengambil kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diurus
dengan lebih efisyen.
Kerajaan
menggubalkan sesuatu dasar pertanian berasaskan keperluan negara dengan mengambil
kira masa depan sektor pertanian supaya sektor berkenaan dapat diuruskan dengan
lebih efisien.
44. Sistem
perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesyen bas ekspres telah
dikenali bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan
di negara kita.
Sistem
perkhidmatan kaunter yang disediakan di semua stesen bas ekspres telah dikenalkan
bagi memudahkan pengguna serta meningkatkan perkhidmatan pengangkutan di negara
kita.
45.
Bersempena dengan sambutan hari ibu, kita digalakkan untuk menghadiahkan ibu
kita dengan hadiah yang bertujuan untuk mengenang jasa mereka membesar kita
sehingga dewasa.
Bersempena dengan sambutan Hari Ibu, kita
digalakkan untuk menghadiahi ibu kita dengan hadiah yang bertujuan untuk
mengenang jasa mereka membesar kita sehingga dewasa.
46.
Kementerian Pelajaran mendapati bahawa perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam
matapelajaran sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki
kelemahan yang timbul.
Kementerian
Pelajaran mendapati bahawa pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran
sains dan matematik perlu dikaji semula untuk memperbaiki kelemahan yang
timbul.
47. Berita
tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000
tahun di pinggir sungai itu telah merebak ke seloroh negara.
Berita
tentang kejayaan seorang pengkaji sejarah menemui pusara lama berusia 3000
tahun di pinggir sungai itu telah merebakkan ke seluruh negara.
Comments
Post a Comment