Latihan Tatabahasa September 2018

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] 
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) pulang
Rakyat Malaysia berasa gembira apabila tentera Malaysia dapat pulang ke tanah air dengan selamat.

 (ii) pulangan
Usahawan itu telah melabur dalam banyak bank kerana dia mengharapkan pulangan pada masa depan.

(iii) memulangkan
Budak yang jujur itu memulangkan dompet yang dijumpai olehnya di tepi jalan kepada pemilik dompet itu.

(iv) mansuh
Rakyat negara itu tidak berpuas hati edengan pihak kerajaan mereka kerana tol tidak dapat mansuh seperti yang dijanjikan sebelum pilihanraya.

(v) pemansuhan
Berita tentang pemansuhan cukai telah menjadi buah mulut rakyat negara itu.

(vi) memansuhkan
Parti itu telah berjanji untuk memansuhkan tol sekiranya parti mereka menang dalam Pilihan Raya yang akan dijalankan pada minggu depan.


[6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah.
Kumar : Daniel, kau nak ke mana?
Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap.
Kumar : Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel : Mana ada? Biasa aje.
Kumar : Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel : Tak adalah. Aku cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.
[6 markah]
Kumar bertanya kepada Daniel ke mana dia hendak pergi. Daniel menjawab Kumar bahawa dia tidak pergi mana-mana. Dia memberitahu bahawa dia hanya nak ambil angin sekejap. Kumar memuji Daniel bahawa Daniel hebat kerana dia boleh menjawab semua soalan fizik tadi. Daniel menyatakan bahawa ini biasa sahaja. Kumar bertanya kepada Daniel rahsia Daniel semakin bijak. Kumar meminta Daniel untuk berkongsi rahsia dia dengan Kumar. Daniel menjawab bahawa dia cuma membuat ulang kaji dan belajar dengan abangnya sahaja.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS). 
Kesalahan ejaan: pelanggan
Kesalahan imbuhan: meletakkan

(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu. 
Kesalahan ejaan: tersohor
Kesalahan imbuhan: perakaunan

(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak. 
Kesalahan ejaan: berteknologi
Kesalahan imbuhan: mendalami
[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
(i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak terpengaruh dalam masalah sosial. 
Kesalahan istilah: menyeluruh
Kesalahan tatabahasa: diawasi oleh ibu bapa

(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja untuk merempuh kehidupan di masa akan datang. 
Kesalahan istilah: menempuh
Kesalahan tatabahasa: pada

(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit. 
Kesalahan istilah: pendermaan
Kesalahan tatabahasa: untuk
[6 markah]

(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut. 
Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerjasama bagai aur dengan tebing. Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana usaha tangga kejayaan. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana muafakat membawa berkat
[6 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 
(i) cakar 
Ayam mempunyai cakar tetapi lembu tidak.

(ii) mencakar 
Kucing itu telah mencakar budak itu sehingga tangannya berdarah.

(iii) bercakaran 
Adik-beradik ini sering bercakaran tentang perkara-perkara yang kecil.

(iv) bunyi
Bunyi guruh yang kuat telah mengejutkan bayi yang sedang tidur itu.

(v) berbunyi
Kipas lama yang berbunyi ketika berpusing itu menyebabkan para pelajar tidak dapat fokus semasa guru mengajar.

(vi) sebunyi
Kata-kata sebunyi amat mengelirukan para pelajar kerana sebutan kedua-dua perkataan adalah sama tetapi membawa maksud yang berlainan.
[6 markah] 

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. 
Siti bertanya kepada Faiz, “Mengapakah awak tidak menghadiri latihan zapin semalam?” “Kaki saya sakit kerana saya terjatuh di tangga semalam,” kata Faiz kepada Siti. Lantas Siti bertanya kepada Faiz, “Bagaimana awak boleh jatuh tangga?” “Saya tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuk saya,” Faiz menjawab pertanyaan Siti. Lalu Siti berkata lagi kepada Faiz, “Faiz, saya fikir lebih baik awak pergi berurut untuk membetulkan urat saraf awak.” “Baiklah, saya akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti,” Faiz berkata kepada Siti. 
[6 markah]

Siti menanyakan Faiz sebab dia tidak hadir ke latihan zapin semalam. Faiz menjawab Siti bahawa kaki dia sakit kerana dia terjatuh di tangga semalam. Siti menanyakan Faiz dengan lantas sebab Faiz boleh jatuh tangga. Faiz memberitahu Siti bahawa dia tidak perasan ada satu anak tangga lagi sewaktu menuruni tangga rumah datuknya. Siti mencadangkan kepada Faiz supaya pergi berurut untuk membetulkan urat sarafnya. Faiz menyetujui cadangan Siti dan memberitahu Siti bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada petang nanti.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
(i) Kemahiran berfikir secara kriatif dapat mentakrifkan sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu. 
Kesalahan ejaan: kreatif
Kesalahan imbuhan: ditakrifkan

(ii) Usia remaja merupakan antara waktu terbaik untuk pembentukan kemahiran berkomunikasi secara interpersonel. 
Kesalahan ejaan: interpersonal
Kesalahan imbuhan: bentuk

(iii) Syarikat tersebut telah menghasil sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goring dan keropok lekor. 
Kesalahan ejaan: goreng
Kesalahan imbuhan: menghasilkan
[6 markah]

(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda juga tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
Penyediaan makanan yang mematuhi standard pemakanan sangat penting sekali bagi mengatasi isu pengguna mengalami kekotoran makanan. Peralatan-peralatan memasak seperti periuk, kuali, pisau dan sudip mestilah berada dalam keadaan bersih. Selain itu, bahan masakan juga haruslah berada dalam keadaan segar, berkuantiti dan bukan melepasi tarikh habis ataupun dalam keadaan yang terdedah dengan kekotoran. 
[6 markah]
Kesalahan istilah:
1. keracunan
2. berkualiti
3. tarikh luput

Kesalahan tatabahasa: 
1. sangat penting
2. peralatan
3. tidak

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang bersesuaian dalam petikan tersebut. 
Kes salah laku pelajar di sekolah hendaklah disiasat dengan teliti supaya mereka tidak menjatuhkan hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Walaupun pelajar yang melakukan kesalahan-kesalahan itu bijak mengelakkan diri, namun guru pasti dapat membongkar kegiatan mereka suatu hari nanti. Pelajar yang menimbulkan masalah ini sepatutnya memikirkan baik dan buruknya perbuatan mereka agar tidak menyesal pada hari kemudian. 
 [6 markah]
1. Lain bengkak, lain bernanah
2. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru
3. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat




Comments

Popular posts from this blog

Soalan Peribahasa KBAT

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa

Bina Ayat Kosa Kata Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan