SPM 2018 Kertas 2 Soalan KOMSAS

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan kelebihan-kelebihan Aiman Aqil.
Aiman Aqil telah mencipta formula dia sendiri walaupun hanya berusia lapan tahun. Dia juga dapat menyelesaikan masalah Matematik tingkatan lima walaupun sedang belajar tahun dua tahap satu.

(ii) Hukuman rotan dikatakan mampu menyelesaikan masalah disiplin anak-anak namun pendekatan ini kurang popular dalam kalangan ibu bapa kerana mereka mempunyai pendekatan-pendekatan lain yang boleh diambil.
Pada pendapat anda, apakah pendekatan-pendekatan lain yang boleh diambil?
Pada pendapat saya, antara pendekatan yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menyelesaikan masalah disiplin anak-anak ialah mendidik anak-anak dengan berkomunikasi secara mesra. Ibu bapa juga boleh menceritakan hikayat-hikayat yang bernilai murni kepada anak-anak supaya anak-anak memupuk nilai-nilai murni tersebut dalam sanubari. Selain itu, ibu bapa boleh menceritakan pengalaman kehidupan diri sendiri kepada anak-anak supaya mereka dapat belajar daripada kesilapan ibu bapa.

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
Salah satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kebijaksanaan seorang murid dalam pelajaran. Sebagai bukti, walaupun Aiman Aqil baru berusia lapan tahun dan sedang belajar tahun dua tahap satu, dia telah mencipta formula sendiri dan dapat menyelesaikan masalah Matematik tingkatan lima. Persoalan lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan ialah tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa terhadap anak. Sebagai bukti, ibu bapa Aiman Aqil telah membawa Aiman untuk menjalani latihan intensif dan latihan terapi bagi memulihkan pertuturannya yang gagap.

Soalan 2(c): Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah reaksi Laksamana apabila raja menitahkan dua bahagian harta untuk Laksamana dan satu bahagian untuk empunya harta?
Laksamana mengatakan bahawa apa yang dibuat olehnya adalah untuk memulangkan harta-harta tersebut kepada pemilik. Perlakuan dia ikhlas daripada hati. Laksamana telah menolak cadangan raja. 

(ii) Nyatakan tindakan-tindakan Laksamana setelah pemilik harta menyerahkan semua harta kepadanya.
Laksamana telah mengagihkan harta yang diserahkan oleh pemilik harta kepada tiga bahagian. Salah satu bahagian telah diderma kepada orang miskin, satu bahagian telah diberi kepada pegawai yang tiada penguasaan, sebahagian lagi telah dipulangkan kepada rakyat. Laksamana tidak ambil sedikit pun harta yang dihadiahi oleh rakyat.

(iii) Laksamana sanggup mengagih-agihkan harta yang diperolehnya kepada orang lain tanpa mengambil sedikit pun daripada harta tersebut.
Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana bertindak sedemikian? Berikan dua alasan.
Pada pendapat saya, Laksamana bertindak sedemikian kerana beliau seorang yang baik hati dan ingin membantu orang lain. Beliau telah memberikan harta-harta kepada orang yang memerlukannya. Selain itu, Laksamana juga berasa bersalah untuk mengambil harta orang lain walaupun harta-harta tersebut dihadiahi oleh pemilik secara ikhlas. Hal ini kerana Laksamana berasa apa yang dibuat olehnya lahir daripada hati yang ikhlas. Beliau tidak mengharapkan sebarang balasan.

Soalan 2(d): Puisi Tradisional
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah perkara-perkara yang berlaku setelah istana berjaya disiapkan?
Setelah istana berjaya disiapkan, semua tukang yang ditugaskan untuk membina istana itu telah dibunuh supaya tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut.

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah istana pada zaman dahulu dibina tersergam indah seperti yang digambarkan dalam seloka tersebut?
Berikan dua sebab.
Pada pendapat saya, istana pada zaman dahulu dibina tersergam indah seperti yang digambarkan dalam seloka tersebut kerana raja ingin membezakan taraf antara baginda dengan rakyat. Selain itu, raja juga ingin menunjukkan kehebatan dan kekuatan baginda dengan membina istana yang tersergam indah. 

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam seloka tersebut.
Antara nilai murni yang terdapat dalam seloka tersebut ialah kerajinan. Sebagai bukti, empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam. Nilai murni kedua yang terdapat dalam seloka tersebut ialah ketaatan. Sebagai bukti, orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan Peribahasa KBAT

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa

Bina Ayat Kosa Kata Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan