Posts

SPM 2018 Kertas 2 Soalan KOMSAS

Soalan 2(b): Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan kelebihan-kelebihan Aiman Aqil. Aiman Aqil telah mencipta formula dia sendiri walaupun hanya berusia lapan tahun. Dia juga dapat menyelesaikan masalah Matematik  t ingkatan lima walaupun sedang belajar tahun dua tahap satu. (ii) Hukuman rotan dikatakan mampu menyelesaikan masalah disiplin anak-anak namun pendekatan ini kurang popular dalam kalangan ibu bapa kerana mereka mempunyai pendekatan-pendekatan lain yang boleh diambil. Pada pendapat anda, apakah pendekatan-pendekatan lain yang boleh diambil? Pada pendapat saya, antara pendekatan yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk menyelesaikan masalah disiplin anak-anak ialah mendidik anak-anak dengan berkomunikasi secara mesra. Ibu bapa juga boleh menceritakan hikayat-hikayat yang bernilai murni kepada anak-anak supaya anak-anak m...

Peperiksaan Percubaan SPM Pulau Pinang 2018 Kertas 2

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULAU PINANG 2018 KERTAS 2 Soalan 1: Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat tarian sebagai medium perkembangan remaja  dan cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah . Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Petikan ini membincangkan faedah tarian sebagai medium perkembangan remaja di Malaysia. Antara manfaat tarian sebagai medium perkembangan remaja ialah sahsiah dan jati diri remaja dapat dibentuk serta melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Mereka akan lebih berdikari dan terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang disertai. Seterusnya, keberanian dan keyakinan seseorang individu untuk tampil di hadapan semasa membuat persembahan dapat dibina. Di samping itu, tarian juga menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum. Cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah ialah menubuhkan Kelab Tarian. Pe...

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2018 Tatabahasa

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) swafoto Saya telah mengambil gambar swafoto menggunakan telefon pintar apabila saya pergi melancong bersendirian di luar negara. (ii) tetikus Tetikus tanpa wayar yang dijual di kedai barangan elektronik itu amat mahal. (iii) tular Adik terpaksa dikuarantin kerana menghidapi penyakit yang mudah tular . (iv) cakera padat Budak lelaki yang nakal itu dihukum kerana melanggar peraturan sekolah dengan membawa cakera padat yang mengandungi filem-filem lucah. (v) dalam talian Pada era globalisasi ini, ramai orang yang membeli-belah dalam talian telah menyebabkan pelanggan pusat beli-belah semakin berkurangan. (vi) muat turun Kami sedang menonton filem yang telah saya muat turun dari Internet pagi tadi...

Rangka Karangan Faktor Mempengaruhi Tingkah Laku Seseorang

SOALAN Tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kesedaran diri, persekitaran dan rakan sebaya. Ulas pernyataan tersebut. RANGKA KARANGAN Pendahuluan: - Darsawarsa ini, keruntuhan akhlak masyarakat telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. -bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing -nilai-nilai murni yang sepatutnya diamalkan semakin sirna daripada sanubari masyarakat -tingkah laku masyarakat bobrok Isi 1: Kesedaran Diri - berketerampilan untuk sedar akan kesalahan dan pidana diri -bersikap insaf Isi 2: Persekitaran - izharnya alam persekitaran merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tingkah laku seseoang -sekiranya semangat kejiranan diamalkan oleh masyarakat, seseorang patut akan mengikuti majoriti -seandainya masyarakat bersikap negatif, seseorang akan terikut-ikut dengan sikap golongan masyarakat Isi 3: Rakan Sebaya - bertepatan dengan aforisme, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi kita akan berbau wan...

Bina Ayat Kosa Kata Boleh Digunakan Dalam Penulisan Karangan

1. Polemik Kini, isu pembuangan bayi telah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat. 2. Marhaen Pihak kerajaan perlu menitikberatkan kehidupan golongan marhaen selain daripada ekonomi negara. 3. Kulawarga Setiap ahli keluarga perlu melakukan tanggungjawab masing-masing dan saling menyayangi agar sebuah kulawarga yang harmonis dapat dibentuk. 4. Dasawarsa Dasawarsa ini, remaja yang menyalahgunakan sosial media telah banyak menimbulkan masalah seperti kes siber buli. 5. Ikhtisar Para pelajar digalakkan untuk memberikan ikhtisar semasa perbincangan sedang dijalankan. 6. Amsal / Tamsil Remaja perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang baik amsalnya berdisiplin, bertanggungjawab dan bersikap jujur. 7. Wasilah Para pelajar perlu menjalinkan wasilah yang baik dengan guru supaya ilmu diberkati. 8. Nirmala Pada pagi yang nirmala ini, saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk 'Cara-cara mengisis masa lapang dengan berfaedah'. 9. Sakinah...

Bina Ayat Gramatis 3

Kosa Kata 1. Rantam Kami dapat menyiapkan tugasan yang diberi oleh cikgu secara rantam dalam masa yang singkat. 2. Sagur Perahu sagur merupakan salah satu pengangkutan utama pada zaman dahulu. 3. Takzim Tetamu-tetamu dipersilakan untuk memasuki dewan terebut dengan takzim. 4. Tetua Fatimah berasa bimbang kerana tetua yang terdapat di mukanya tidak dapat dihilangkan. 5. Ungkal  Budak yang ungkal itu mengingkar arahan ibu bapanya walaupun nasihat-nasihat yang diberi semua demi kebaikannya. 6. Vila Usahawan yang kaya itu mempunyai banyak vila di seluruh dunia. Bahasa Klasik 1. Alamat Langit yang gelap merupakan alamat hujan lebat. 2. Baada subuh Pelajar perlu berhimpun di dewan baada subuh. 3. Carang Para pelajar telah mengutip carang yang bertaburan di taman itu sebagai khidmat masyarakat. 4. Dalam percintaan Jangan mengacau Ali yang sedang dalam percintaan. 5. Fana Segala hidupan yang ada di dunia fana kerana pada suatu hari nanti akan mati juga. 6...

Bina Ayat Gramtis 2

Kosa Kata 1. Kentara Pemandangan yang sepatutnya indah itu tidak kentara kerana jerebu. 2. Lancip Ranting kayu yang berbentuk lancip itu amat berbahaya. 3. Majal Gunting yang majal tidak elok untuk digunakan kerana hasilnya tidak akan kelihatan kemas. 4. Nyelap Budak itu nyelap setelah berdiri di bawah matahari selama beberapa jam. 5. Ompong Kami telah membawa sebakul buah-buahan sebagai ompong semasa melawat guru kami yang terlantar di hospital. 6. Palen Kami hanya dibenarkan untuk membawa palen sahaja kerana bilik hotel kami tidak besar. Bahasa Klasik 1. Jabatan larangan Jabatan larangan yang dibina pada zaman dahulu kini telah dijadikan sebagai tempat pelancongan. 2. Kabul akan Raja kabul akan cadangan-cadangan yang dikemukan oleh menteri itu. 3. Lemas Farah disukai orang ramai kerana sikapnya yang lemas. 4. Majlis/ Mejelis Gadis-gadis yang sedang menari itu semua majlis. 5. Narwastu Harga narwastu yang dijual oleh peniaga itu sangat...

Bina Ayat Gramatis 1

Kosa Kata 1. Anani  Masyarakat perlu mengamalkan semangat kejiranan dan saling menolng antara satu sama lain serta menghapuskan amalan anani. 2. Bintat Tangan adik bintat kerana digigit oleh serangga semasa adik sedang mengumpul kayu api di hutan. 3. Cengil Aiman amat takut akan ayahnya yang cengil terutamanya apabila Aiman mendapat keputusan yang teruk dalam peperiksaan. 4. Dampit Sebagai anak yang taat kepada ibu bapa, kita mestilah mendengar arahan ibu bapa dan tidak bersikap dampit. 5. Ekstradisi Pihak kerajaan Malaysia tidak dapat memberkas penjenyah itu kerana dia telah melarikan diri ke negara yang tidak membuat perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. 6. Gasar Kami telah dinasihati supaya tidak mendekati haiwan-haiwan liar kerana bintang-binatang tersebut bersifat gasar. Bahasa Klasik 1. Astaka Seni bina astaka yang amat unik itu telah direka oleh pereka cipta Itali yang terkenal di dunia. 2. Barang kelakuan Barang kelakuan penjenyah-penjenayah yang ad...

Latihan Tatabahasa September 2018

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]  Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) pulang Rakyat Malaysia berasa gembira apabila tentera Malaysia dapat pulang ke tanah air dengan selamat.  (ii) pulangan Usahawan itu telah melabur dalam banyak bank kerana dia mengharapkan pulangan pada masa depan. (iii) memulangkan Budak yang jujur itu memulangkan dompet yang dijumpai olehnya di tepi jalan kepada pemilik dompet itu. (iv) mansuh Rakyat negara itu tidak berpuas hati edengan pihak kerajaan mereka kerana tol tidak dapat mansuh seperti yang dijanjikan sebelum pilihanraya. (v) pemansuhan Berita tentang pemansuhan cukai telah menjadi buah mulut rakyat negara itu. (vi) memansuhkan Parti itu telah berjanji untuk memansuhkan tol sekirany...