Latihan Cakap Ajuk Cakap Pindah
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan
biasa dengan menggunakan cakap pindah.
“ Bagaimana
dengan rancangan awak ? “ tanya Salleh. “ Rancangan apa? “ jawab Ani.
“ Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada
saya tempoh hari, “ kata Salleh.
“ Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat
Sabtu depan. “ jelas Ani.
“ Bagus
Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! “
Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata
sahabat karibnya itu
Salleh bertanya bagaimana dengan rancangan Ani. Ani pula
bertanya rancangan apa yang Salleh rujukkan. Salleh menjawab rancangan mendaki
gunung yang Ani kata kepadanya tempoh hari. Ani menjelaskan bahawa rancangan
itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. Salleh sangat menyokong
rancangan itu. Ani tersenyum puas apabila mendengar kata-kata sahabat karibnya
itu.
Latihan 2:
“Ani tak
ada sapa-sapa. Ani sorang.......”
“Ani tak
boleh tinggal sini.Di sini bahaya,” kata Tuk Yahya sambil meneliti mata belolok
anak itu.
“Ani tak ada sapa-sapa,” rengek Ani lagi.
“Ya, Tuk Yahya tahu.........”
“Ani tak
mahu tinggal di rumah lagi.Nanti bom jatuh lagi. Datuk tak ada, datuk tak
ada”,jelas anak itu hampir meraung.
“Ani ada Tuk Yahya, Ani ada comot,” pujuk Tuk
Yahya
Ani menyatakan bahawa dia tidak ada sapa-sapa, tinggal dia
seorang sahaja. Tuk Yahya pula menyatakan bahawa Ani tidak boleh tinggal di
sini kerana bahaya sambal meneliti mata belolok anak itu. Ani merengek lagi
dengan menyatakan bahawa dia tak ada sapa-sapa. Tuk Yahya mengatakan bahawa dia
mengetahui apa yang Ani ingin sampaikan. Ani menjelaskan bahawa dia tak mahu
tinggal di rumah lagi. Dia takut nanti bom jatuh lagi. Dia juga risau datuk
akan meninggal dunia. Ani hampir meraung. Tuk Yayah memujuk Ani bahawa Ani ada
Tuk Yahya, Ani ada comot.
Latihan 3:
“Salim, mengapakah awak kelihatan muram sahaja?” tanya Nizam.
“Pagi tadi, Cikgu Khairul bertanyakan saya tentang yuran peperiksaan yang masih
belum saya bayar,” beritahu Salim dengan perasaan sayu. “Eh, bukankah awak
mendapat biasiswa! Mengapakah kamu tidak gunakan duit tersebut untuk membayar
yuran?” tanya Nizam dengan perasaan hairan. “Duit biasiswa itu telah saya
gunakan untuk perbelanjaan rawatan abang saya yang dimasukkan ke hospital
baru-baru ini,” jelas Salim. “Oh begitu! Salim, saya cadangkan awak berjumpa
dengan Cikgu Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya,” kata Nizam. “Tapi,
saya takutlah Nizam. Cikgu Khairul tu garang sangat,” kata Salim......[ 6
markah ]
Nizam bertanya sebab Salim kelihatan muram sahaja. Salim
memberitahu Nizam dengan perasaan sayu bahawa pagi tadi, Cikgu Khairul
bertanyakannya tentang yuran peperiksaan yang masih belum dibayar olehnya.
Nizam bertanya bukankah Salim mendapat biasiswa dan sebab Salim tidak gunakan
duit tersebut untuk membayar yuran. Salim menjelaskan bahawa biasiswa itu telah
digunakan olehnya untuk perbelanjaan rawatan abangnya yang dimasukkan ke
hospital baru-baru ini. Nizam mencadangkanagar Salim berjumpa dengan Cikgu
Khairul dan jelaskan perkara yang sebenarnya. Salim menyatakan bahawa dia takut
akan Cikgu Khairul yang sangat garang.
Latihan 4:
MAWI : Wah,
sedap betul mi ini. Apa namanya ?
FELIX : Mi
Pedas.
MAWI :
Yalah ,minya pedas.Memang pedas......... tapi apa namanya ?
FELIX : Mi pedas. Si Dolah tu kata namanya Mi
Pedas.
MAWI : Oh
begitu, jadi kau masuk ke kedai ini sengaja nak makan Mi Pedaslah?
FELIX :
Yalah. Kan aku dah janji nak belanja kau dulu.Inilah dia
Mawi menyatakan bahawa mi ini sedap betul. Dia bertanya nama
mi ini. Felix menjawab Mi Pedas. Mawi menyatakan bahawa dia setuju mi ini
memang pedas tetapi dia tanya nama mi ini. Felix pula menyatakan bahawa Si
Dolah itu kata nama mi ini Mi Pedas. Mawi bertanya kepada Felix adakah Felix
masuk ke kedai sengaja nak makan Mi Pedas sahaja. Felix menjawab bahawa dia dah
janji nak belanja Mawi. Jadi inilah yang Felix belanja.
Latihan 5:
Norhayati
......: Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin....
: Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati
......: Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita
...........................tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin
......: Sebenarnya ibu Syikin sakit
Norhayati
bertanya sebab Syikin tidak dating ke sekolah semalam. Norasyikin meminta maaf
kepada Norhayati lalu menyatakan bahawa dia ada hal di rumah. Norhayati
bertanya hal yang dihadapi dan minta Norasyikin ceritakan kepadanya. Norhayati
juga menyatakan bahawa andainya susah, mereka boleh tanggung bersama-sama
kerana mereka sudah lama berkawan. Norsyikin akhirnya pula menjawab bahawa
ibunya sakit.
Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda
dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini.
Latihan 1:
Kamariah berkata kepada Aziz dan Samad bahawa negara Malaysia
memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Pendapatnya itu
disokong oleh samad dengan mengatakan bahawa negara ini mempunyai pantai-pantai
yang bersih dan hutan semula jadi yang indah. Aziz pula menyatakan
kehairanannya tentang ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar
negara seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.
Kamariah menyetujui pandangan itu. Samad berpendapat mungkin keadaan ini
berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong tempatan melancong di dalam
negeri. Aziz bersetuju dengan pendangan Samad itu. Kamariah pula mencadangkan
supaya pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan memberi potongan
harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi pusat percutian
mereka. Samad pula mengatakan bahawa di samping itu, kesedaran rakyat Malaysia
tentang faedah melancong di dalam negeri perlu ditanam dalam diri. Kamariah dan
Samad mengiakan pendapat itu.
Kamariah:
“Negara Malaysia memang banyak mempunyai tempat menarik untuk dikujungi.”
Samad: “Ya.
Negara ini mempunyai pantai-pantai yang bersih dan hutan semula jadi yang
indah.”
Aziz: “Saya
hairan kerana ramai orang Malaysia yang masih suka melancong ke luar negara
seperti ke Indonesia, Thailand, Singapura dan negara-negara Eropah.”
Kamariah:
“Saya setuju.”
Samad:
“Mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya promosi untuk menarik pelancong
tempatan melancong di dalam negeri.”
Aziz: “Saya
setuju.”
Kamariah:
“Saya mencadangkan pihak swasta seperti pusat-pusat pelancongan tempatan
memberi potongan harga istimewa kepada pelancong tempatan yang mengunjungi
pusat percutian mereka.”
Samad: “Di
samping itu, kesedaran rakyat Malaysia tentang faedah melancong di dalam negeri
perlu ditanam dalam diri.”
Kamariah
dan Samad: “Betul. Saya sangat setuju dengan Samad.”
Latihan 2:
Mak Limah bertanya arah tujuan suaminya setelah melihat
suaminya itu dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar. Pak Usop mengatakan
bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa Koperasi Maju. Mak
Limah mencadangkan agar suaminya makan nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja
kerana dia takut suaminya akan berasa lapar . Pak Usop memberitahu ii
itsterinya bahawa dia hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas koperasi
itu. Mak Limah bertanya cara suaminya hendak mendapatkan pekerjaan sekiranya
dia berhenti kerja. Pak Usop menjelaskan bahawa dia hendak memohon pinjaman
daripada pihak MARA untuk membeli sebuah bas.
Mak Limah: “Suami dalam keadaan tergesa-gesa hendak keluar ke
mana?”
Pak Usop: “Saya hendak berjumpa dengan ahli-ahli jawatankuasa
Koperasi Maju.”
Mak Limah: “Makanlah nasi dahulu walaupun sibuk dengan kerja.
Saya takut nanti suami akan berasa lapar.”
Pak Usop: “Saya hendak meletakkan jawatan sebagai pemandu bas
koperasi itu.”
Mak Limah: “Bagaimana suami hendak mendapatkan pekerjaan
sekiranya suami berhenti kerja?”
Pak Usop: “Saya hendak memohon pinjaman daripada pihak MARA
untuk membeli sebuah bas.”
Casino Finder (NV) - Mapyro
ReplyDeleteWelcome to 영천 출장마사지 Casino Finder. Our team of 김천 출장안마 Mapyro's team is continually improving our 서산 출장마사지 app. The 정읍 출장안마 only 논산 출장마사지 way to get you started is by clicking on the